Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Digi Menawarkan Huawei Honor 6 & Meizu MX4 pada harga RM499

digi-smartplan-huawei-honor-6-meizu-mx4-1

Syarikat telekomunikasi Digi kini menawarkan Huawei Honor 6 dan Meizu MX 4 pada harga RM 499 sahaja dan tanpa sebarang kontrak.

Untuk memiliki telefon pintar ini pada harga RM 499, anda hanya perlu melanggan pelan Digi SmartPlan 65 dan ke atas.

Dengan pelan Digi SmartPlan 65 ini pengguna akan menerima panggilan dan sms tanpa had percuma kesemua rangkaian dan 3GB Data.

Ketika membuat pendaftaran, pembeli juga dikehendaki membayar pendahuluan serta harga peranti tersebut.

Jumlah pendahuluan yang dikenakan adalah RM 195 iaitu jumlah pembayaran untuk tiga bulan. Secara keseluruhan pengguna perlu membayar RM 694 tidak termasuk GST.

digi-smartplan-huawei-honor-6-meizu-mx4

Beralih kepada spesifikasi kedua-dua model ini, Huawei Honor 6 skrin paparan 1080p berukuran 5.0-inci, pemproses Kirin 920, 3GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, Huawei Honor 6 juga hadir dengan kamera utama 13MP, kamera selfie 5MP, bateri berkapasiti 3,100mAh dan kini mempunyai harga penjualan sekitar RM 700- RM800.

Dalam pada itu, Meizu MX4 pula hadir dengan skrin paparan 5.36-inci dengan resolusi 1152 x 1920 (418ppi), pemproses MediaTek MT6595 berkelajuan 2.2GHz, kamera utama 20.7MP, kamera selfie 2MP, 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,100mAh.

Huawei Honor dan Meizu MX4 ini kini ditawarkan di semua roadshow Digi yang sedang berlangsung di Mid Valley. stok bagi promosi ini adalah terhad dan jika anda berminat sila hadirkan diri anda ke roadshow Digi di Mid Valley dengan kadar segera

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.