Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Lenovo Vibe X3 akan dilancarkan pada 16 November

Lenovo-vibe-x3-launch-malaysia

Lenovo Mobile akan melancarkan telefon pintar terbaru mereka dibawah siri Vibe iaitu Vibe X3 pada 16 November ini.

Lenovo Vibe X3 akan hadir ke pasaran sebagai telefon pintar kelas pertengahan dengan tujuan untuk menjadi pengganti kepada Lenovo Vibe X2 yang dilancarkan untuk mendominasi pasaran telefon pintar kelas pertengahan. Dari sgi dalaman, Lenovo Vibe X3 akan hadir dengan pemproses Snapdragon 808, 3GB RAM dan Android 5.1.1 Lollipop.

Menurut penyenaraian Lenovo Vibe X3 di TENAA, Lenovo Vibe X3 ini akan hadir denagn skrin paparan 5.5-inci 1080p dan berdasarkan gambar diatas, Lenovo Vibe X3 mungkin mempunyai kualiti audio yang sangat baik dengan pembesar suara stereo daripada Dolby.

Lenovo-Vibe-X3-tenaa

Selain itu, Lenovo Vibe X3 mungkin hadir dengan pengesan cap jari pada panel belakang, kamera utama 21MP dengan lampu flash LED dwi-tona, kamera selfie 8MP dengan lensa lebar.

Dengan pelancaran rasmi hanya berbaki 5 hari, kami pasti lebih banyak maklumat mengenai model terbaru Lenovo didalam siri Vibe X ini akan diketahui apabila pelancaran rasminya dilakukan pada 16 November ini.

Seperti telefon pintar Lenovo yang lain, Lenovo Vibe X3 juga dijangka akan memasuki pasaran Malaysia namun ianya mungkin mengambil masa beberapa bulan sebelum model ini ditawarkan di pasaran disini. Lenovo Vibe X3 mungkin mempunyai harga penjualan yang sama seperti Lenovo Vibe X2 iaitu sekitar RM 1,300-RM 1,500.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.