Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPad Pro mula dijual di Malaysia – bermula dari RM 3,599

apple ipad pro malaysia

Apple Malaysia kini secara rasminya telah menawarkan tablet super mereka iaitu Apple iPad Pro ke pasaran tempatan dan dengan harga penjualan yang bermula dari RM 3,599.

Apple iPad Pro hadir didalam dua versi iaitu versi Wi-Fi dan Wi-Fi + Selular. Versi Wi-Fi hadir didalam dua kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 32GB dan 128GB.

Versi Wi-Fi + Selular pula hanya hadir didalam satu kapasiti iaitu kapasiti paling tertinggi pada iPad Pro dengan 128GB.

Harga penjualan iPad Pro versi Wi-Fi 32GB adalah RM 3,599 manakala versi 128GB ditawarkan pada harga RM 4,299.

Versi 128GB dengan sokongan Wi-Fi dan Selular pula akan hadir dengan harga penjualan RM 4,899 menjadikanya tablet termahal Apple.

Apple iPad Pro ditawarkan didalam tiga warna iaitu warna emas, perak dan kelabu namun tiada warna emas ros seperti pada iPhone 6s dan 6s Plus.

apple-ipad-pro-smart-keyboard-malaysia apple-malaysia-apple-pencil

Selain Apple iPad Pro, Apple turut membawa masuk dua aksesori yang dilancarkan khusus untuk iPad Pro iaitu Stylu Apple Pencil dan papan kekunci Apple SmartKeyboard.

Apple Pencil hadir dengan harga penjualan yang sangat tidak masuk akal iaitu RM 469 manakala Apple SmartKeyboard pula ditawarkan pada harga RM 799.

Harga penjualan iPad Pro ini dilihat terlalu tinggi dan disebabkan ini penjualan tablet super diseluruh dunia juga tidak begitu memberangsangkan. Buktinya adalah , kebiasaanya apabila tablet atau peranti baru dilancarkan, ianya akan mengambil masa untuk tiba kepada pengguna namun apabila anda membeli Apple iPad Pro, peranti anda akan dihantar didalam masa 1 hari dan dijangka sampai ke tangan anda didalam masa tiga hari bekerja.

ipad-pro-select-silver- ipad-pro-select-spacegray apple ipad pro

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.