Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Melancarkan Mi Powerbank 20,000mAh – CNY 149

xiaomi-mi-powerbank-20,000mah-malaysia

Xiaomi Mi Powerbank amat popular dikalangan pengguna telefon pintar dan baru-baru ini Xiaomi telah memperkenalkan Powerbank 10,00mAh yang lebih elegan dan kompak.

Kini sebagai menawarkan pilihan yang lebih besar, Xiaomi secara rasminya telah melancarkan Mi Powerbank 20,000mAh yang hadir dengan 6 sel bateri daripada LG/Panasonic dengan berat keseluruhan 338gram iaitu hanya 88gram lebih berat daripada Mi Powerbank 10,400mAh.

xiaomi-mi-powerbank-20,000mah-malaysia-2
Selain itu, walaupun dengan kapasiti yang lebih besar, Mi Powebank 20,000mAh masih mengekalkan reka bentuk yang nipis dan kompak.

Mi Powebank 20,000mAh ini pasti mengambil masa yang lama untuk dicas penuh dan menyedari masalah ini, Xiaomi telah menyertakan sokongan teknologi pengecasan pantas Quick Charge 2.0 keluaran Qualcomm yang membolehkan pengecasan penuh dilakukan didalam masa 5 jam sahaja.

xiaomi-mi-powerbank-20,000mah-malaysia-1

Xiaomi Mi Powerbank 20,000mAh juga hadir dengan lampu penanda LED dan 2 slot USB. selain itu, powerbank ini juga hadir dengan sokongan pengecasan Apple Macbook dan juga boleh mengecas telefon pintar yang mempunyai slot USB Type-C.

Xiaomi Mi Powerbank 20,000mAh ini akan mempunyai harga penjualan 149 yuan  dan mula dijual 11 November ini iaitu sekitar RM 102 dan mungkin memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

pelancaran Xiamo Mi Powerbank ini menyusul selepas pelancaran Redmi Note 2 ke pasaran Malaysia miggu lalu dan pelancaran generai baru Mi Band iaitu Mi Band 1S dengan harga penjualan 99 yuan

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.