Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Nexus 6P dilaporkan mempunyai masalah reka bentuk

image

Telefon pintar terbaru Google iaitu Nexus 6P yang dilancarkan bersama-sama Nexus 5X nampaknya dilihat mempunyai sedikit masalah dari segi kualiti reka bentuk.

Beberapa pemilik terawal telefon pintar Nexus 6P ini mendakwa bahawa panel gelas yang hadir bersebelah kamera telefon pintar Andorid yang asli ini mudah retak dan retakan ini berlaku secara tiba-tiba sahaja.

image

Salah seorang pengguna di Reddit mendakwa Nexus 6P beliau juga menghadapi masalah yang sama dan beliau telah melaporkan perkara ini kepada Google dan syarikat ini telah merujuk kes ini kepada Huawei yang merupakan pengeluar telefon pintar Nexus 6P ini.

Seorang pengguna Reddit juga berkata bahawa beliau telah mengalami perkara yang sama dengan Huawei Nexus 6P ini dan Google telah menukarkan model yang mempunyai masalah dan mengingatkan kepada beliau bahawa pertukaran ini hanya boleh dilakukan sekali dan selepas itu, sebarang pertukaran disebabkan masalah yang sama tidak akan dilayan.

image

Berdasarkan post di Reddit juga, ada pengguna yang telah menerima pertukaran Nexus 6P ini terus daripada Huawei.

Walaupun banyak pengguna Reddit melaporkan perkara yang sama, Google dan Huawei masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai isu ini dan perkara ini harus di perjelaskan dengan segera kerana masalah ini mungkin akan menggangu penjualan Nexus 6P ini.

Nexus 6P yang hadir dengan reka bentuk yang sangat elegan ini telah mendapat pujian secara menyeluruh dari pakar dunia teknologi dan laporan ini terbaru ini mungkin sedikit sebanyak akan mengugat reputasi telefon pintar asli Android ini.

Sebagai peringatan, Huawei Nexus 6P dijangka akan memasuki pasaran Malaysia sebelum penghujung tahun ini dan kami pasti Huawei akan melakukan yang terbaik untuk memperbaiki masalah yang timbul pada model Nexus 6P ini.

sumber

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.