Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HTC One X9 dengan skrin paparan QHD & kamera 23MP dikesan

HTC-One-X9-malaysia

Kurang sebulan selepas pelancaran salinan fotostat iPhone iaitu HTC One A9, syarikat Taiwan ini dilihat telah bersedia untuk melancarkan telefon pintar terbaru mereka yang dikenali sebagai HTC One X9. HTC One X9 hadir dengan nombor model E56 dan dijangka akan mempunyai harga penjualan RMB 2,999 di China atau sekitar RM 2,058 berdasarkan kadar pertukaran semasa.

Dari segi spesifikasi, HTC One X9 akan hadir skrin paparan QHD dengan saiz yang masih tidak diketahui manakala pemproses bagi model ini juga belum dimuktamadkan namun ianya dijangka akan hadir dengan pemproses Snapdragon 820 atau Helio X20.

Spesifikasi lain yang dimiliki oleh HTC One X9 ini adalah 4GB RAM dan dua pilihan memori simpanan dalaman iaitu 64G/128GB dan terdapat juga satu kemungkinan satu versi dengan 3GB RAM dan 32GB memori simpanan dalaman.

HTC One X9 dijangka akan memiliki kamera utama 23MP, kamera selfie UltraPixel 4MP, reka bentuk berasakan keluli, pembesar suara HTC BoomSound dihadapan dan bateri berkapasiti 3,500mAh.

Seperti HTC One A9, One X9 mungkin ditawarkan dengan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow.

Walaupun telah diperkatakan, HTC masih belum mengesahkan apa-apa mengenai One X9 namun ianya dijangka akan disahkan tidak lama lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.