Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi Band 1S dilancarkan secara rasmi – 99 Yuan

Xiaomi mi band 1s

Xiaomi Mi Band 1s  secara rasminya telah melancarkan pengganti kepada peranti kecergasan pintar Mi Band iaitu Mi Band 1S dan ianya akan hadir dengan harga penjualan hanya 99 yuan dengan penjualan di China akan bermula 11 November ini.

Seperti Mi Band, Mi Band 1S mampu beroperasi bersama peranti iOS dan Android selain mempunyai pensijilan kali air dan habuk IP67 menjadikanya kalis air sehingga 30 minit pada kedalaman 0.9 meter.

Xiaomi mi band 1s colour

Salah satu tambahan pada Mi Band 1S ini adalah ianya kini hadir dengan sensor yang akan merekod kadar degupan jantung anda selain kualiti tidur pemakai.

Peranti kecergasan Mi Band 1S ini juga akan merekod jumlah kalori yang dibakar ketika senaman dan jumlah langkah yang dilakukan. Selain itu, Mi Band 1S juga mampu membuka telefon pintar dan memberikan anda petanda bahawa satu notifikasi baru telah diterima pada telefon pintar anda.

Xiaomi Mi Band 1S ini juga dilihat mampu memecah atau menyamai penjualan Mi Band yang setakat ini telah menjual melebihi 6 juta unit seluruh dunia yang meletakkan Xiaomi sebagai pengeluar peranti pemakaian kedua terbesar didunia dengan pegangan pasaran 24.6%.

Xiaomi Mi Band 1S mempunyai berat 5.5gram dengan ukuran dimensi 37mm x 13.6mm x 9.9.

Harga penjualan 99 yuan bagi Mi Band 1S ini bermaksud jika memasuki pasaran tempatan, model ini akan mempunyai harga penjualan sekitar RM69 termasuk GST.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.