Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Tempahan bagi Oppo R7s dibuka 7 November ini

oppo-r7s-rose-pink-malaysia

Oppo Malaysia yang sebelum ini telah mengesahkan akan menawarkan Oppo R7s didalam dua warna iaitu warna emas dan ros emas kini telah mendedahkan bahawa tempahan awal bagi model ini akan dibuka didalam masa 2 hari lagi iaitu pada 7 November ini.

Seperti yang didedahkan sebelum ini, warna ros emas Oppo R7s ini hanya akan ditawarkan didalam kuantiti terhad iaitu hanya 1000 unit.

Oppo R7s yang dilancarkan di GIDEX ini dijangka akan mempunyai harga penjualan sekitar RM 1,798.

antara spesifikasi yang dimiliki oleh Oppo R7s ini ialah, skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci, pemproses Snapdragon 615, 4GB RAM dan 32GB memori simpanan dalaman.

Dari segi kamera, Oppo R7s hadir dengan kamera utama 13MP yang dilengkapi dengan teknologi pemfokusan PDAF ( kelajuan pemfokusan hanya 0.1 saat). Kamera hadapan R7s adalah 8MP dan ianya turut hadir dengan flash skrin.

Selain itu, Oppo R7s juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,070mAh yang turut mempunyai sokongan pengecasan pantas VOOC, sokongan kad microSD sehingga 128GB, Android 5.1 Lollipop dengan ColorOS 2.1.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.