Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO R7s akan ditawarkan di Malaysia didalam dua warna

OPPO R7s akan ditawarkan di Malaysia didalam dua warna 1

oppo-r7s-malaysia-emas-dan-ros-emas

Oppo Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa Oppo R7s yang dilancarkan di GIDEX pada 18 Oktober yang lalu akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

Oppo R7s yang hadir dengan 4GB akan ditawarkan didalam dua warna iaitu emas dan emas ros namun warna emas ros ini hanya akan ditawarkan didalam kuantiti yang terhad.

Oppo R7s hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 5.5-inci, pemproses quad-core Snapdragon 615, 4GB RAM dan 32GB memori simpanan dalaman.

Dari segi kamera, Oppo R7s hadir dengan kamera utama 13MP yang dilengkapi dengan teknologi pemfokusan PDAF ( kelajuan pemfokusan hanya 0.1 saat). Kamera hadapan R7s adalah 8MP dan ianya turut hadir dengan flash skrin.

Selain itu, Oppo R7s juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,070mAh yang turut mempunyai sokongan pengecasan pantas VOOC, sokongan kad microSD sehingga 128GB, Android 5.1 Lollipop dengan ColorOS 2.1,

Oppo R7s mempunyai reka bentuk berasakan keluli yang premium dan mempunyai kenipisan 6.95mm dengan berat 155gram.

Walaupun tidak memaklumkan harga penjualanya lagi, Oppo R7s dilihat akan mempunyai harga penjualan kurang daripada R7 Plus dan kami menganggarkan harga penjualan sekitar RM 1,798.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.