Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Tempahan Huawei Nexus 6P dibuka di Singapura – dari RM 2,666

huawei-nexus-6p-singapore-launch

Huawei telah berkerjasama dengan Google untuk melancarkan telefon pintar yang menawarkan pengalaman pengunaan Android Marshmallow yang asli iaitu Huawei Nexus 6P dan nampaknya pelancaran model ini ke rantau Asia Tenggara semakin hampir apabila tempahan bagi model ini kini telah dibuka di Singapura.

Huawei Nexus 6P dilihat akan mempunyai harga penjualan runcit SGD $949 bagi versi 64GB dan SGD $1049 bagi versi 128GB.

Bagi yang membuat tempahan, Huawei menawarkan $50 potongan dari harga penjualan runcit iatu SGD $899 ($ 949) bagi versi 64GB dan $999 ($1049) bagi versi 128GB.

Nexus 6P akan ditawarkan didalam dua versi iaitu putih aluminium dan warna kelabu. Walaupun telah membuka tempahan Huawei tidak memberikan sebarang maklumat akan bila peranti ini mula dijual.

huawei-nexus-6p-malaysia-harga-1

Bagi pengguna di Malaysia, Huawei Nexus 6P mungkin akan dilancarkan tidak lama lagi, jika anda tidak boleh menunggu sehingga pelancaran rasmi anda bolehlah mendapatkan dengan bantuan rakan anda di Singapura ataupun di Johor.

Jika ditukarkan ke matawang Malaysia, Huawei Nexus 6P akan mempunyai harga tempahan RM 2,666 bagi versi 64GB dan RM 2,962 bagi versi 128GB.

Harga penjualan rasmi bagi kedua-dua peranti ini selepas tempahan ditutup adalah RM 2,813 dan RM 3,110

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.