Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Honor 4A telah disenaraikan di SIRIM

150721-honor-4A-official-05

Huawei Honor 4A telah disenaraikan di SIRIM

Huawei melalui jenama telefon pintar mampu milik mereka iaitu Honor secara rasminya telah melancarkan Honor 4A di China pada penghujung bulan Julai yang lalu dan jika sebelum ini tiada sebarang maklumat mengenai pelancaran model ini di Malaysia, kini telefon pintar dijangka akan ditawarkan disini tidak lama lagi.

Huawei Honor 4A adalah telefon pintar mampu milik yang dijangka akan menjadi antara model termurah di dalam siri Honor kini telah dikesan di pangkalan data SIRIM.

Huawei Honor 4A akan hadir dengan Android 5.1 Lollipop yang disertakan dengan UI Huawei Emotion 3.1 dan mempunyai dua versi iaitu versi 3G dan 4G LTE ( masih tiada sebarang pengesahan akan versi mana yang ditawarkan di Malaysia).

Huawei Honor 4A dijangka akan ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan sekitar RM499-RM550 termasuk GST.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.