Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Zenfone Go kini ditawarkan di stor Asus Malaysia – RM 519

asus-zenfone-go-1024x461

Zenfone Go kini ditawarkan di stor Asus Malaysia – RM 519

Asus Store Malaysia kini menawarkan Zenfone Go yang hadir dengan reka bentuk yang sama seperi Zenfone 2 namun pada harga penjualan yang lebih berpatutan.

Asus Zenfone Go hadir dengan skrin paparan HD 5.0-inci, pemproses quad-core MediaTek MT6580 berkelajuan 1.3GHz, 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 2,070 mAh.

Dari segi kamera pula, Asus Zenfone Go ini hadir dengan kamera utama 8MP manakala kamera selfie adalah 2MP.

Spesifikasi lain Asus Zenfone Go ialah dwi-SIM, WLAN 802.11 b/g/n, slot microSD (sehingga 64GB), Bluetooth V4.0, GPS, AGPS dan Android 5.1 Lollipop.

Asus Zenfone Go kini ditawarkan dengan harga penjualan RM 519 didalam warna hitam dan putih. Warna lain iaitu emas, biru, dan merah akan ditawarkan tidak lama lagi.

Dapatkan Asus Zenfone Go sekarang di stor Asus Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.