harimaubet_leaderboard

Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Eksklusif: Motorola Moto X Play dikesan di pangkalan data SIRIM

motorola-moto-x-play

Eksklusif: Motorola Moto X Play dikesan di pangkalan data SIRIM

Motorola Moto X Play yang dilancarkan beberapa bulan lalu kini telah dikesan di pangkalan data SIRIM yang memberikan indikasi bahawa telefon pintar ini akan ditawarkan secara rasmi di Malaysia tidak lama lagi.

Motorola Moto X Play adalah telefon pintar Yang hadir dengan skrin paparan 1080 HD penuh berukuran 5.5-inci dengan kepadatan piksel 403ppi, pemproses Snapdragon 615 daripada Qualcomm, 2GB RAM dan mempunyai dua pilihan memori simpanan dalaman iaitu 16GB dan 32GB.
Motorola Moto X Play yang menawarkan pengunaan Android 5.1.1 Lollipop turut hadir dengan bateri berkapasiti 3,630mAh yang menjanjikan jangka hayat bateri sehingga 48jam. Selain itu, Moto X Play juga merupakan telefon pintar yang kalis air dan habuk dengan berat 169 gram.

Dari segi kamera pula, Moto X Play hadir dengan kamera utama 21MP f/2.0 yang disertakan dengan teknologi flash LED y ‘Color Correlated Temperature (CCT)’ dan pemfokusan PDAF (Phase Detect Auto-Focus). Dari segi kamera selfie pula, ianya dilengkapi dengan kamera 5MP.

winner78

Selain itu, Moto X Play akan menyokong dwi SIM (Nano SIM) dan juga mungkin ditawarkan sistem operasi Andorid 6.0 Marshmallow.

Jika benar telefon pintar ini memasuki pasaran Malaysia, ianya dijangka akan hadir didalam dua warna iaitu hitam dan putih

harimaubet