ZTE Axon Elite dilancarkan secara rasmi – RM 1999
ZTE secara rasminya telah melancarkan telefon pintar utama terbaru mereka iaitu ZTE Axon Elite ke pasaran tempatan dengan harga penjualan RM 1999.
ZTE yang kebiasaanya menawarkan telefon pintar dengan spesfikasi pertengahan kini ingin mencuba nasib di pasaran kelas atasan dengan model Axon Elite ini.
Model ini hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 810, 3G RAM dan 32GB memori simpanan dalaman.
Dari segi kamera pula, Axon Elite dilengkapi dengan kamera utama berkembar 13MP + 2MP yang mana kamera 2MP digunakan untuk memfokusan selepas gambar diambil. Kamera 13MP ini adalah sensor IMX214 daripada Sony.
Kembali kepada reka bentuk telefon pintar terbaru LTE ini, ianya hadir dengan reka bentuk berasakan rangka keluli dan panel plastik seakan kulit (sama seperti pada Note 3).
Axon Elite juga hadir dengan kapasiti bateri 3,000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas, sokongan dwi-SIM, 4G LTE dan rakaman video 4K.
ZTE Axon Elite akan mula ditawarkan di pasaran Malaysia pada pertengahan bulan Oktober ini dengan harga penjualan RM 1999 termasuk GST