Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Digi menawarkan Alcatel Pop 2 dengan harga RM 99 sahaja

digi-alcatel-pop-2-mycyber-sale-malaysia

Digi sempena penjualan atas talian tahunan #mycyersale yang bermula hari ini sehingga 4 Oktober kini menawarkan satu telefon pintar Alcatel pada harga hanya RM 99 tanpa sebarang kontrak.

Dengan pembelian pelan prabayar Digi Smart, anda boleh memiliki telefon pintar ini dengan harga RM 99 tidak termasuk GST.

alcatel-onetouch-flash-2-malaysia-price-harga-5

Alcatel Pop 2 adalah telefon pintar yang mempunyai skrin paparan 4.5-inci, pemproses, pemproses Qualcomm Snapdragon 410, 1GB RAM, 8GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 2,000mAh.

Selain itu, walaupun harga hanya RM 99, Alcatel Pop 2 juga menyokong 4G LTE, hadir dengan kamera utama 5MP dan mempunyai sistem operasi Android 4.4.2 KitKat.

Jika anda berminat untuk memilikinya anda boleh membelinya secara atas talian di Stor Digi didalam dua warna iaitu putih dan hitam.

Maklumat lanjut disini > Digi Alcatel Pop 2 RM 99

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.