Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Huawei Mate 20 – pemproses Kirin 980 dan teknologi kamera Leica generasi baru

Pengenalan

Siri telefon pintar Mate kebiasaanya akan menyaksikan Huawei memperkenalkan pemproses kelas flasghip yang akan turut digunakan pada siri Huawei P pada tahun yang akan datang.

Tahun 2018 telah menyaksikan Huawei melancarkan bukan satu bukan dua tetapi tiga model didalam siri Huawei Mate 20 dan ini belum lagi mengambil kira model mewah Huawei Mate Porsche Design.

Huawei Mate 20 adalah model termurah didalam siri ini dan ianya hadir dengan harga penjualan RM 2,799.

Berikut adalah ulasan Huawei Mate 20, ahli keluarga termurah didalam siri Huawei Mate 20.

Reka bentuk

Seperti biasa, Siri Huawei Mate akan hadir dengan reka bentuk yang berbeza daripada Siri Huawei P dan tahun ini telah menyaksikan perbezaan reka bentuk yang drastik antara kedua-dua model ini.

Jika P20 Pro menjadi perintis kepada pengunaan warna gradasi pada telefon pintar, Huawei Mate 20 akan menjadi telefon pintar yang memperkenalkan reka bentuk baru yang dikenali sebagai Hyper Optical Multi Pattern, ianya menawarkan panel belakang yang mempunyai garisan halus dan Huawei berkata corak ini akan memberikan cengkaman yang lebih baik.

Kemasan ini dilihat lebih premium dan cap jari jugak tidak melekat pada panel gelas ini.

Sensor kamera Huawei Mate 20 ini adalah berinispirasikan reka bentuk lampu hadapan kereta mewah Porsche ‘four-point’ principle.

Selain itu, sensor capjari Huawei Mate 20 ini juga lebih rata namun lebih efektif pada masa yang sama.

Beralih kepada bahagian hadapan yang mana ianya adalah permukaan skrin sepenuhnya.

Huawei Mate 20 mempunyai reka bentuk skrin ‘dew-drop’ yang mana takukan pada model ini adalah lebih kecil.

Sebab utama takukan pada panel skrin Mate 20 ini lebih kecil adalah ketiadaan sensor pengecaman wajah 3D yang ditawarkan pada Huawei Mate 20 Pro.

Ukuran dimensi Huawei Mate 20 ini adalah 158.2 x 77.2 x 8.3 mm dengan berat 188gram.

Skrin paparan

Huawei Mate 20 hadir dengan skrin paparan IPS TFT LCD berukuran 6.53-inci yang mempunyai resolusi 2244 x 1080 piksel dan kepadatan piksel 381ppi.

Teknologi skrin paparan pada Mate 20 ini adalah sesuatu yang mengecewakan kami kerana panel skrin ini diilhat jauh berbeza apabila dibandingkan dengan panel yang digunakan pada Mate 20 Pro dan Mate 20 X.

Panel skrin 18:7:9 ini mempunyai nisbah skrin kepada badan 88.08% yang mana ianya lebih tinggi apabila dibandingkan dengan panel skrin Huawei Mate 20 Pro yang mempunyai nisbah 86.90% sahaja.

Selain itu, saiz bezel sisi skrin Mate 20 adalah 2.6mm sahaja.

Pemproses

Huawei Mate 20 adalah telefon pintar pertama Huawei untuk hadir dengan pemproses Kirin 980 yang merupakan pemproses 7nm pertama didunia.

Pemproses Kirin 980 ini hadir dengan peningkatan prestasi CPU sebanyak 75% dan pada masa yang sama 58% lebih efisen tenaga.

Bercakap mengenai prestasi GPU pula, Kirin 980 hadir dengan peningkatan prestasi sebanyak 46%  dan masa yang sama 175% lebih efisen.

AI pada Huawei Mate 20 kini satu tahap lebih tinggi khususnya dengan penawaran dwi-NPU yang dikhaskan untuk pemprosesan tugas AI.

Selain itu, Huawei Mate 20 juga ditawarkan dengan 6GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman.

Kamera

Siri Huawei Mate kebiasaanya akan mewarisi teknologi kamera yang sama seperti pada Siri Huawei P, namun kali ini Huawei menggunakan pendekatan yang berbeza.

Bahagian kamera kesemua model didalam siri Huawei Mate 20 adalah berbeza apabila dibandingkan dengan siri Huawei P20.

Huawei Mate 20 yang merupakan model paling murah didalam siri Mate tahun ini juga memiliki tetapan sensor kamera yang berbeza berbanding Mate 20 Pro dan Mate 20X.

Huawei Mate 20 hadir dengan tetapan tiga kamera Leica iaitu sensor utama RGB 12MP, sensor telefoto 8MP dan sensor lensa lebar ultra 16MP yang membolehkan anda meliputi segala jenis penggambaran pada satu peranti.

Dengan lensa lebar Huawei Mate 20 ini, prespekfit penggambaran kini lebih luas dan ini membolehkan anda mengambil gambar yang lebih dramatik dan pada masa mengekalkan kualiti yang anda jangkakan dari fon kamera Leica.

Selain itu, Huawei juga telah menyertakan satu ciri penggambaran yang pertama kali ditawarkan pada telefon pintar iaitu mod penggambaran makro yang mana anda boleh mengambil dekat dengan jarak dari objek hanya 2.5 cm.

Ciri ini amat berguna untuk anda mengambil momen-momen istimewa seperti rama-rama yang hinggap pada bunga dan banyak lagi.

Selain itu, AI kini maju khususnya dengan pengunaan dwi-NPU pada pemproses Kirin 980 ini. Kamera Leica Huawei Mate 20 ini mampu mengesan 1,500 senario penggambaran didalam 25 kategori. AI kini juga boleh membezakan pelbagai objek dan adengan didalam satu gambar.

Lain-lain ciri-ciri kamera Huawei Mate 20 mod malam yang hadir dengan sokongan AIS atau AI Image Stabilization yang membolehkan anda mengambil gambar ‘exposure’ tinggi tanpa perlu menggunakan tripod.

Sokongan AI kini juga telah diperluaskan kepada video yang mana pelbagai fungsi baru AI turut ditawarkan untuk pengambilan video (Mod AI Cinema membolehkan anda mengambil video pada format 21:9 yang biasa digunakan).

 

Selain itu, kamera selfie Huawei Mate 20 adalah unit 24MP dengan aperture f/2.0 yang seperti biasa hadir dengan sokongan mod Selfie berasaskan AI dan 3D Portrait.

Bateri 

Huawei Mate 20 hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh yang mana ianya menyamai kapasiti bateri yang sama seperti pada Mate 10 yang dilancarkan tahun lalu.

Bercakap mengenai pengecasan pantasa pula, Huawei Mate 20 hadir dengan teknologi pengecasan Huawei SuperCharge dengan adapter dan kable pengecasan 22.5W.

Walaupun mempunyai nama yang, ianya bukan lah teknologi pengecasan Huawei SuperCharge 40W yang eksklusif pada Mate 20 Pro.

Apa pun, anda boleh mengecas Huawei Mate 20 ke tahap 58% didalam masa 30 minit sahaja manakala pengecasan penuh mengambil masa 90 minit.

Selain itu, Huawei Mate 20 juga kehilangan sokongan pengecasan pantas yang ditawarkan pada Mate 20 Pro selain teknologi pengecasan reverse charging.

Huawei Mate 20 dilihat mampu mengharungi satu hari pengunaan tanpa sebarang masalah malah ianya turut boleh memberikan tambahan setengah hari sebelum anda memerlukan sumber tenaga tambahan.

Penutup

Huawei Mate 20, walaupun tidak diberikan tumpuan utama seperti Huawei Mate 20 Pro, ianya adalah telefon pintar yang sangat berkuasa dan terpantas di pasaran.

Dengan pemproses Kirin 980 dan dwi-NPU untuk tugas AI, Huawei Mate 20 boleh diangkat sebagai telefon pintar kelas flagship paling bernilai di pasaran.

Huawei Mate 20 kini ditawarkan di Malaysia pada harga penjualan RM 2,799 dan pembelian boleh dibuat secara atas talian di stor rasmi Huawei, Lazada dan stor konsep Huawei di seluruh negara.

Comments

comments