Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Nova 3 dan Nova 3i kini ditawarkan pada harga dari RM 1,099 sahaja

Huawei Malaysia secara rasminya telah mengumumkan bahawa Nova 3 dan Nova 3i akan ditawarkan dengan harga penjualan yang lebih kompetitif mulai 1 November ini dengan harga terbaru telefon pintar didalam siri Nova ini kini bermula dari RM 1,099 sahaja.

Huawei Nova 3 yang merupakan telefon pintar yang memiliki pemproses Kirin 970 dan teknologi kamera AI akan hadir dengan harga penjualan RM 1,699 iaitu RM 220 lebih murah berbanding harga penjualan sebelum ini iaitu RM 1,919.

Huawei Nova 3 dan Nova 3i dilancarkan secara rasmi di Malaysia

Huawei Nova 3i yang hadir dengan pemproses Kirin 710 pula hadir dengan harga penjualan RM 1,099 sahaja iaitu RM 200 lebih murah berbanding harga penjualan sebelum ini iaitu RM 1,299.

Huawei Nova 3 dan Huawei Nova 3i dengan harga penjualan yang baru ini kini ditawarkan di Stor Huawei , kedai atas talian Huawei dan banyak lagi.

Setiap pembelian telefon pintar Nova 3 atau Nova 3i juga akan menerima kad Nova VIP yang menawarkan pelbagai tawaran istimewa bernilai sehingga RM 1,000.

Selain itu, sempena penjualan atas talian 11.11 yang , Huawei akan menawarkan pelbagai diskaun dan baucar bernilai RM 100,000 dan dari 1 hingga 4 November, pelanggan yang melanggan email newsletter Huawei berpeluang memenangi pembesar suara Bluetooth kayu bernilai RM 120 (11 pemenang bertuah).

Maklumat lanjut mengenai tawaran istimewa bagi kempen 11.11 pada 11 November ini boleh anda ketahui pada pautaun ini > Huawei 11.11 Singles Day

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.