Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Nova 3i akan menerima sokongan pengambilan gambar Super Night Mode seperti pada P20 Pro

Huawei secara rasminya telah mengumumkan bahawa pengguna Huawei Nova 3i di Malaysia akan mula menerima kemaskini terbaru yang akan membawakan mod AIS Handheld Super Night Mode.

Huawei telah memberikan pengesahan rasmi mengenai status kemaskini ini dan ianya tiba selepas kemaskini GPU Turbo ditawarkan sebelum ini.

Ciri penggambaran unik daripada Huawei ini telah tiba ke peranti Nova 3 sebelum ini dan selang sebulan selepas itu, Huawei Nova 3i juga telah disahkan akan menerima kemaksini perisian yang baru ini ( secara berperingkat mulai 1 November).

Mod penggambaran AIS Handheld Super Night Mode ini membolehkan anda mengambil gambar waktu malam yang lebih cerah, teliti dan tanpa terlalu banyak kekaburan.

Huawei Nova 3i yang dilancarkan beberapa bulan lalu kini ditawarkan di Malaysia pada harga penjualan RM 1,299 dan ditawarkan didalam tiga warna iaitu hitam, ungu dan putih (percuma pelbagai hadiah menarik daripada Huawei Malaysia).

Lawati Huawei Store Malaysia Lazada

Nova 3i adalah telefon pintar pertama Huawei untuk hadir dengan pemproses Kirin 710 dan ianya memiliki skrin paparan LTPS Fullview FHD+ berukuran 6.3-inci dengan nisbah 19:9.

Seperti Nova 3, Huawei Nova 3i juga memiliki 128GB storan dalaman namun hanya dengan 4GB RAM dan bateri berkapasiti 3,340mAh.

Pada bahagian kamera pula, Huawei Nova 3i ini memiliki kombinasi dwi-kamera 16MP + 2MP manakala kamera selfie adalah 24MP Fusion Pixel + 2MP.

Comments

comments