Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Reka bentuk Huawei Mate 20 dan Mate 20 Pro telah didedahkan

Reka bentuk Huawei Mate 20 dan Mate 20 Pro telah didedahkan 1

Huawei Mate 20 dan Huawei Mate 20 Pro telah disahkan akan dilancarkan secara rasmi pada 16 Oktober dan akan menjadi telefon pintar pertama Huawei untuk memiliki pemproses Kirin 980 yang diumumkan di IFA baru-baru ini.

Sehingga kini, tidak banyak maklumat reka bentuk telefon pintar siri Mate ini diketahui namun gambar baru yang tersebar ini memberikan kita gambaran visual Huawei Mate 20 Pro.

Huawei Mate 20 Pro yang boleh anda lihat ini akan hadir dengan reka bentuk skrin notch dan bezel sisi skrin yang nipis selain sisi skrin yang melengkung.

Takukan pada Huawei Mate 20 Pro ini dilaporkan akan menempatkan pengimbas muka 3D.

 Reka bentuk Huawei Mate 20 dan Mate 20 Pro telah didedahkan 2

Selain itu, model Huawei Mate 20 pula akan hadir dengan teknologi skrin ‘water-drop’ yang menampilkan saiz takukan yang lebih kecil manakala sisi skrin tidak melengkung.

Selain itu, Huawei Mate 20 Pro akan hadir dengan skrin paparan QHD+ dengan resolusi 1,440 x 3,120 manakala Huawei Mate 20 akan memiliki skrin FHD+ dengan resolusi 1,080 x 2,244

Huawei Mate 20 dan Mate 20 Pro akan dilancarkan secara rasmi pada 16 Oktober 2018 dan terdapat juga kemungkinan model Mate 20 Pro Porsche Design akan diperkenalkan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.