Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Gambar Promo Huawei P20 mendedahkan tiga unit kamera dibelakang

Huawei telah mengesahkan bahawa pelancaran rasmi generasi baru Siri Huawei P akan berlangsung di Paris pada 27 Mac ini dan semakin kita hampir kepada tarikh kemuncak ini, kita disajikan dengan lebih banyak maklumat tidak rasmi telefon pintar ini.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Siri P Huawei akan memfokuskan kepada penawaran teknologi kamera yang baru dan kali ini kita mungkin menyaksikan salah satu daripada model Huawei P20 ini akan hadir dengan tiga unit kamera yang mana unit ketiga mungkin hadir dengan sokongan AI.

Sebab kami mengatakan salah satu daripada model Huawei P20 akan mempunyai tiga kamera adalah kerana gambar Huawei P20 sebelum ini menunjukkan hanya dwi-kamera dibahagian belakang dan ini mungkin bermaksud hanya model pro akan mempunyai tiga sensor kamera dibahagian belakang.

Selan itu, Keluarga Huawei P20 juga dilihat akan menjadi satu lagi model yang mewarisi reka bentuk panel skrin iPhone x yang mana terdapat lekukan yang popular dengan nama ‘notch’.
Apa pun segala teka teki mengenai Huawei P20 akan diketahui secara rasmi pada 27 Mac ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.