5 ciri menarik Motorola Moto G5S Plus yang anda tidak tahu

Motorola Malaysia secara rasminya telah melancarkan Moto G5S Plus ke pasaran tempatan pada bulan November yang lalu sebagai antara telefon pintar terbaik didalam kelas pertengahan.

Bercakap mengenai spesifikasi pengganti kepada Moto G5S Plus ini, ianya hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci(401ppi) yang dilindungi dengan Corning Gorilla Glass 3, pemproses Qualcomm Snapdragon 625 berkelajuan 2.0, GPU Adreno 506, 4GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,000mAh.

Bercakap mengenai kamera, Moto G5S Plus hadir dengan teknologi dwi-kamera 13MP yang memiliki aperture f/2.0 dan dua lampu flash LED. Kamera ini juga mempunyai sokongan merakam video 4K dan gambar potrait.

Selain itu, Moto G5S Plus juga memiliki kamera selfie lensa lebar 8MP, reka bentuk berasaskan aluminum sepenuhnya, sensor capjari pelbagai fungsi, slot microSD dan Android 7.1 Nougat.

Selain daripada spesifikasi di atas kertas ini, tidak ramai yang sedar atau mengetahui akan kelebihan yang dimiliki oleh Motorola Moto G5S Plus dan berikut adalah 5 ciri Motorola G5S Plus yang anda tidak tahu.

 

Teknologi pengecasan pantas Turbo Charge

Teknologi pengecasan TurboPower yang dimiliki oleh Moto G5S Plus adalah sistem pengecasan yang direka khas untuk memastikan peranti anda mencapai tahap pengecasan maksima didalam waktu yang minima.

Ini menjadikan TurboPower teknologi pengecasan paling pantas ditawarkan di pasaran.

Apa yang menjadikan teknologi pengecasan yang dimiliki oleh Moto G5S Plus unik adalah

Untuk mencapai teknologi pengecasan pantas TurboPower ini, Motorola berkerjasama dengan pembekal bateri yang memenuhi kriteria yang ditetapkan dan Motorola boleh dikatakan satu-satunya syarikat yang meletakkan fokus bermula dari proses pembuatan bateri.

Selain itu, pengurusan haba yang baik adalah penting bagi menjanjikan prestasi peranti yang optimum dan sistem teknologi pengecasan TurboPower direka untuk mengelakkan pengurangan kadar pengecasan kerana haba sekaligus menjanjikan tahap pengecasan yang stabil dan pantas.

Dengan ini Motorola Moto G5S Plus boleh berfungsi selama 6 jam dengan pengecasan selama 15 minit sahaja.

 Mod profesional turut ditawarkan pada kamera selfie

Motorola Moto G5S Plus juga hadir dengan ciri kamera yang unik dimana mod kamera profesional kini turut ditawarkan pada kamera selfie.

Dengan mod profesional atau mod manual, pengguna Moto G5S Plus kini mempunyai kebebasan untuk menetapkan segala aspek penting pada gambar selfie yang bakal diambil.

Dengan unit kamera selfie lensa lebar 8MP pada Moto G5S Plus,Motorola turut menyertakan lampu flash LED.

Moto Experience

Motorola Moto G5S Plus juga hadir dengan fungsi Moto Experience yang memberikan anda pengalaman unik ketika menggunakan telefon pintar ini.

Antara fungsi yang Moto Experience yang ditawarkan pada Moto G5S Plus adalah Moto Display yang memberikan anda previu notifikasi dari aplikasi kegemaran anda yang mana anda tidak perlu membuka peranti anda untuk melihat notifikasi ini.

Anda juga boleh melompat terus kepada notifikasi ini tanpa perlu melalukan navigasi pada skrin home.

Selain itu, fungsi Moto Actions juga amat berguna bagi pemilik Moto G5S Plus kerana fungsi-fungsi adalah sesuatu yang tidak ditawarkan bersama-sama sistem operasi Android yang tulen.

 Ini bermaksud anda dapat menikmati kelebihan sistem operasi Android yang tulen dan pada masa yang sama tanpa banyak aplikasi pihak ketiga yang ditawarkan oleh pengeluar.

Antara fungsi Moto Actions adalah pengunaan sensor capjari untuk navigasi, memusing pergelangan tangan untuk mengaktifkan kamera atau mengoncang untuk membuka lampu flash.

Fungsi dwi-kamera, “depth editor” dan ganti latar belakang gambar

Motorola bukan sahaja telah menambahbaik kamera Moto G5S Plus ini, malah telah membina semula dengan sensor dwi-kamera 13MP.

Bersama-sama kamera yang hebat ini, Motorola juga telah menyertakan perisian pintar kamera yang memberika pengguna fungsi-fungsi yang hanya boleh diperoleh dari kamera profesional SLR.

Ambil gambar yang cerah dan berkualiti tinggi melalui sensor dwi-kamera Moto G5S Plus terdapat juga pilihan untun anda mengkaburkan latar belakang gambar untuk penghasilan gambar mod potrait yang baik.

Selain itu, perisian kamera Moto G5S Plus juga membolehkan anda menggantikan latar belakang
mana-mana gambar dengan gambar pilihan anda dari album Google Photos.

Menyokong USB OTG “On-The-Go”

Motorola Moto G5S Plus juga mempunyai sokongan USB OTG yang membolehkan anda menggunakan peranti seperti papan kekunci, pendrive, papan tetikus dan banyak lagi.pengunaan pendrive sudah pastinya antara yang popular kerana ianya membolehkan mengakses fail, gambar dan video yang disimpan pada pendrive tanpa perlu menggunakan komputer.

Motorola Moto G5S Plus kini ditawarkan secara rasmi di Malaysia pada harga penjualan RM 999 dan pembelian boleh dilakukan secara atas talian di Stor Rasmi Motorola di Lazada atau dengan mengjungi mana-mana wakil pengedar sah Motorola.

Dapatkan maklumat lanjut dan berita terkini tentang Motorola Moto G5S Plus di laman web rasmi Motorola Malaysia atau Facebook Motorola Malaysia.

Comments

comments

Share