Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei P20 Plus dikatakan akan hadir dengan bateri 4,000mAh dan skrin ‘always on’

Siri Huawei P yang baru telah disahkan akan dilancarkan secara rasmi pada 27 Mac di Paris dan ianya akan hadir dengan moniker nama P20, P20 Lite dan P20 Plus ( atau Pro).

Walaupun belum diumumkan secara rasmi, Huawei telah mengesahkan bahawa Huawei P20 akan menjadi telefon pintar pertama didunia dengan teknologi tri-kamera.

Selain daripada itu, tidak banyak maklumat mengenai telefon pintar ini diketahui dan kini satu maklumat baru mengatakan Huawei P20 Plus akan hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh selain teknologi skrin ‘always on’.

Dengan penawaran skrin ‘always on’ yang sebelum ini eksklusif pada model Mate 10 Pro, Huawei P20 Plus akan menggunakan panel skrin OLED bagi menawarkan jangka hayat bateri yang lebih baik.

Dengan pelancaran rasmi masih berbaki sebulan lebih, kita sudah pasti akan disajikan dengan lebih banyak maklumat mengenai telefon pintar siri Huawei P20 ini.

Comments

comments