Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Nova 2i kini ditawarkan pada harga RM 1,099 sahaja

Huawei Malaysia secara rasminya telah mengumumkan pengurabgan harga bagi telefon pintar Nova 2i dengan harga baru kini hanya RM 1,099.

Dengan pengurangan sebanyak RM 200, Huawei Nova 2i boleh diberikan gelaran telefon pintar FullView ( dengan resolusi FHD+) termurah dipasaran.

Huawei Nova 2i ini hadir dengan skrin paparan berukuran 5.9-inci dengan teknologi ‘Full View’.

Selain itu, Huawei Nova 2i akan hadir dengan pemproses Kirin 659, 4GB RAM , 64GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,340mAh selain EMUI 5.1 yang berasaskan Android 7.0.

Bercakap mengenai kamera, Huawei Nova 2i hadir dengan 4 kamera iaitu pengunaan sensor dwi-kamera dihadapan dan belakang. Dibahagian belakang , Nova 2i mempunyai kamera 16MP + 2MP selain kamera selfie 13MP + 2MP.

Huawei Nova 2i juga hadir dengan sensor capjari dibahagian belakang dan sokongan dwi-SIM.

Jika anda berminat untuk membeli Huawei Nova 2i, anda mungkin boleh membaca ulasan Huawei Nova 2i yang sudah pastinya memberikan anda gambaran lebih jelas akan kemampuan telefon pintar ini.

Comments

comments