Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

6 Ciri Menarik Pada Huawei Mate 10 dan Huawei Mate 10 Pro

Huawei Mate 10 dan Huawei Mate 10 Pro kini secara rasminya telah ditawarkan di Malaysia dan sambutan bagi kedua-dua telefon pintar ini tidak kurang hebatnya.

Jika Tempahan Huawei Mate 10 mengambil masa 3 hari sebelum disambar pengguna, Huawei Mate 10 Pro mencipta rekodnya yang tersendiri apabila kesemua stok bagi pra-tempahan habis disambar didalam masa kurang dari 60 minit.

Berikut adalah ciri-ciri menarik yang dimiliki oleh Huawei Mate 10 dan Huawei Mate 10 Pro

Easy Projection

Huawei Mate 10 dan Huawei Mate 10 Pro hadir dengan teknologi pengunaan peranti sebagai komputer peribadi dimana anda hanya memerlukan satu kable USB-C ke HDMI dan mana-mana skrin yang mempunyai slot HDMI.

Anda juga tidak memerlukan sebarang dok khas ataupun aksesori tambahan seperti tetikus ataupun papan kekunci kerana Mate 10 atau Mate 10 Pro anda akan berfungsi sebagai peranti tersebut.

Cara pengaktifan Easy Projection ini adalah sangat mudah dan anda juga boleh melakukan tugas lain pada peranti walaupun mod pc sedang digunakan.

Penterjemahan AI

Teman perantauan terbaik anda adalah Huawei Mate 10 atau Huawei Mate 10 Pro kerana telefon pintar ini hadir dengan fungsi penterjemahan berasaskan AI yang sangat bijak.

Ianya boleh menterjemah tulisan, suara dan gambar didalam masa beberapa saat sahaja tanpa sebarang kelewatan yang berlaku jika ianya menggunakan internet anda. Kesemua proses translasi ini berlangsung didalam telefon pintar dan bukanya diatas talian.

Aplikasi ini hadir terbina didalam Huawei Mate 10 dan Huawei Mate 10 Pro yang anda beli.

Huawei Mate 10 sebagai Powerbank

Huawei Mate 10 dan Mate 10 Pro memiliki bateri berkapasiti 4,000mAh dan dengan jaminan pengunaan yang melebih satu hari, anda mungkin akan menghadapi situasi dimana peranti rakan anda atau peranti sampingan anda memerlukan pengecasan tambahan.

Untuk itu, Huawei Mate 10 dan Huawei Mate 10 Pro hadir dengan sokongan reverse charging yang membolehkan anda mengecas peranti rakan anda dengan mudah.

Sokongan pengesanan Objek dan Keadaan persekitaran secara langsung

Dengan AI, Mate 10 dan Mate 10 Pro mempunyai kelebihan luar biasa dimana peranti akan mengesan keadaan atau objek yang mahu diambil gambar dan akan melaraskan tetapan kamera mengikut keadaan tersebut.

Kamera ini mampu mengesan lebih dari 13 objek dan keadaan ketika pengambilan gambar.

Kad perniagaan digital

Huawei Mate 10 dan Huawei Mate 10 Pro hadir dengan sokongan yang membolehkan maklumat kenalan dijadikan sebagai kad perniaagaan dan anda hanya perlu menyuruh sesiapa yang memerlukan kad perniagaan anda untuk mengambil gambar kod QR kad perniaagaan anda.

Screenshot dan rakaman skrin pintar

Huawei Mate 10 dan Huawei Mate 10 Pro hadir dengan sokongan screenshot pintar dimana dengan dua ketukan menggunakan jari membolehkan anda mengambil screenshot manakala ukiran S pada skrin membolehkan screenshot panjang diambil dan terdapat juga sokongan partial screenshot.

Selain itu, Mate 10 dan Mate 10 Pro juga hadir dengan sokongan screen recording yang mana ianya turut akan merakam suara anda.

Cara pengaktifan rakaman skrin ini adalah dengan ketukan menggunakan dua jari dan anda boleh menghentikan rakaman skrin ini bila-bila masa dengan menekan stop pada bahagian atas skrin.

Dengan ciri-ciri tambahan seperti ini, Huawei Mate 10 dan Huawei Mate 10 Pro adalah telefon pintar yang menawarkan anda nilai belian yang sangat baik dan pada masa yang sama dengan harga penjualan yang amat berpatutan didalam kategori peranti flagship.
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.