Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Mate 10 Pro Habis Ditempah Dalam Masa Satu Jam

Huawei Mate 10 Pro yang telah dibuka untuk tempahan pada jam 10 pagi ini telah habis ditempah didalam masa kurang daripada sejam selepas pra-tempahan dibuka.

Huawei Mate 10 Pro yang ditawarkan pada harga RM 3,099 ini meneruskan kejayaan Huawei Mate 10 yang turut mendapat sambutan yang amat menggalakan dengan beratus-ratus pembeli Huawei Mate 10 beratur seawal jam 3 pagi untuk menjadi antara pemilik terawal di Malaysia.

Huawei Malaysia telah mengumumkan bahawa tempahan Mate 10 Pro ini telah habis di vmall dan juga di 3ex namun tidak menyatakan jumlah unit yang ditawarkan untuk tempahan.

Bagi anda yang berminat untuk memiliki Huawei Mate 10 Pro namun tidak berjaya menempah Mate 10 Pro ini, penjualan dijangka akan bermula pada 18 November ini dengan maklumat terkini boleh diketahui di laman FB Huawei Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.