Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

General Mobile kini memasuki pasaran Malaysia melalui GM 5 Plus – RM 899

Pasaran peranti pintar di Malaysia boleh dikatakan telah dibanjiri oleh terlalu banyak jenama telefon pintar, namun ini tidak menghalang General Mobile memasuki pasaran tempatan.

General Mobile adalah syarikat telefon pintar dan tablet yang berasal dari Turki dan model pertama yang akan ditawarkan di Malaysia adalah General Mobile G5 Plus yang dikeluarkan sebagai model telefon pintar dibawah Android One yang menawarkan pengalaman Android yang asli.

Sebagai telefon pintar Android One, pengguna GM G5 Plus akan menerima kemaskini Android yang terbaru dan telefon pintar ini kini beroperasi dibawah sistem operasi Android 7.1.1 Nougat.

Berikut adalah spesifikasi GM G5 Plus :


GM G5 Plus akan ditawarkan di Malaysia mulai pertengahan Julai pada harga penjualan RM 899.

General Mobile telah melantik KWS Distribution sebagai rakan penjual sah di Malaysia dan untuk maklumat lanjut anda boleh ketahui di SiNi

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.