Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Leagoo M5 Plus ditawarkan di Malaysia pada harga RM549

leagoo m5 plusLeagoo M5 Plus ditawarkan di Malaysia pada harga RM549

Leagoo telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Leagoo M5 Plus untuk pasaran Malaysia.

Ciri-ciri keutamaan peranti ini adalah ia boleh menyahkuncikan skrin dalam 0.19 saat serta mempunyai skrin 5.5 inci HD yang boleh tahan hentakan!

Dari segi spesifikasi, ia dijanakan oleh pemproses MediaTek empat teras dengan memori 2GB RAM serta ruangan storan 16GB yang boleh diperluaskan sehingga 128GB melalui kad mikroSD. Bateri untuk peranti ini berkapasiti 2,500 mAh.

Untuk rakaman gambar, M5 Plus ini menggunakan kamera belakang 13 megapixel dan kamera hadapan 5MP. Ia turut menawarkan dwi-SIM dan menggunakan Freeme OS 6.0 yang berasaskan Android 6.0 Marshmallow.

leagoo m5 plus 02

LEAGOO M5 Plus ini datang dengan dua pilihan warna iaitu Champagne Gold and Titanium Grey. Ia kini dijual di pasaran tempatan pada harga runcit RM 549.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web LEAGOO untuk mengetahui lebih mengenainya.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.