Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Leagoo T1 Plus yang menawarkan kamera hadapan 13-megapixel dijual di Malaysia pada RM699

leagoo t1 plusLeagoo T1 Plus yang menawarkan kamera hadapan 13-megapixel dijual di Malaysia pada RM699

Jika anda sedang mencari sebuah telefon pintar murah yang mempunyai skrin yang besar serta boleh menangkap gambar selfie yang cantik, Leagoo T1 Plus adalah pilihan yang tepat anda kerana ia mempunyai semua ciri-ciri di atas.

Leagoo T1 Plus yang baru dilancarkan di pasaran Malaysia bulan ini hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan resolusi HD, dijana pemproses empat-teras 1.3GHz, memori sehingga 3GB RAM dan ruangan storan 16GB yang boleh diperluaskan dengan kad mikro-SD sehingga 128GB.

leagoo-t1-plus000

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera hadapan dan belakang 13-megapixel. Peranti ini datang dengan sokongan lampu LED hadapan untuk menangkap gambar selfie dan jelas.

Peranti ini menggunakan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow dengan pelancar khusus Leagoo.

Leagoo T1 Plus kini dijual pada harga RM699 di pasaran tempatan. Untuk pilihan warna, ia menawarkan Champagne Gold, Rose Gold dan Titanium Grey.

SUMBER

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.