Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Mate 9 melepasi pengesahan SIRIM, dijangka akan tiba di pasaran Malaysia pada hujung bulan

huawei-mate-9Huawei Mate 9 melepasi pengesahan SIRIM, dijangka akan tiba di pasaran Malaysia pada hujung bulan

Huawei Mate 9 telah dilancarkan di Munich, Germany beberapa hari yang lalu. Kini, telefon pintar utama dari Huawei ini telah dikesan di pangkalan data SIRIM Malaysia dengan nama nodel MHA-L29.

Mengikuti penerangan terkini dari wakil Huawei Malaysia, dia mengatakan bahawa Mate 9 bakal hadir ke pasaran tempatan pada penghujung November 2016 ini dan ia akan dijual pada harga kurang daripada RM3,000.

huawei mate 9 SIRIM

Dari segi spesifikasi, Huawei Mate 9 dilengkapi skrin 5.9-inci paparan HD penuh, dijanakan oleh pemproses Kirin 960, memori 4GB RAM, kamera belakang berteknologi Leica serta bateri bersaiz 4,000 mAh yang datang dengan sokongan Huawei Super Charge.

mate-9-02Di samping itu, peranti premium Huawei Mate 9 Porsche Design turut akan datang ke pasaran tempatan dalam kuantiti yang terhad, namun tarikh jualannya masih belum dipastikan buat masa ini.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.