Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ExMobile Chat 9, telefon pintar mampu milik berharga RM319 dengan rekaan badan yang cantik!

ExMobile Chat 9ExMobile Chat 9, telefon pintar mampu milik berharga RM319 dengan rekaan badan yang cantik!

Baru-baru ini, ExMobile telah melancarkan sebuah telefon pintar mampu milik yang datang dengan harga runcit RM319.

Ciri-ciri yang menarik perhatian orang lain terhadap Chat 9 ini adalah rekaan badannya yang seumpama dengan iPhone 6.

Dari segi spesifikasi, ExMobile ini hadir dengan skrin 5.0 inci dengan paparan 720p serta kaca 2.5D. Ia dijanakan oleh pemproses empat teras, mempunyai memori 1GB RAM dan ruangan storan sebesar 16GB yang boleh diperkembangkan melalui kad mikroSD.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 8 megapixel dan kamera hadapan 2 megapixel. Bateri peranti ini bersaiz 2,350 mAh. Sistem operasi Chat 9 ini adalah Android 5.1 Lollipop. Ia turut disertakan dwi-SIM dengan sokongan rangkaian 3G.

Pilihan warna Chat 9 ini adalah Gold, Rose Gold, Space Grey dan Black.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web ExMobile.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.