Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Watch disahkan akan dilancarkan di Malaysia

huawei watch malaysia

Huawei Malaysia dilihat akan mula menawarkan jam pintar Google Wear mereka iaitu Huawei Watch ke pasaran tempatan didalam masa terdekat.

Huawei Malaysia melalui akaun facebook mereka telah mula memberikan kita petunjuk bahawa jam pintar Huawei Watch ini mula ditawarkan disini dan mungkin dilancarkan bersama-sama Huawei Nexus 6P.

Huawei Watch yang dilancarkan di MWC 2015 pada bulan Mac yang lalu akhirnya akan tiba ke pasaran Malaysia walaupun sudah hampir 8 bulan.

Huawei Watch yang hadir dengan reka bentuk jam traditional ini hadir dengan skrin paparan AMOLED 1.4-inci (286ppi) yang dilindungi dengan gelas sapphire Kristal, pemproses Snapdragon 400, 512MB RAM, 4GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 300mAh.

Jam pintar Huawei Watch juga hadir dengan kebolehan untuk merekod tahap kesihatan anda dan ianya mengukur degupan jantung, jumlah langkah dan pembakaran kalori.

Huawei Watch hadir dengan reka bentuk jam 42mm yang disertakan dengan jam tali 18mm yang bermaksud anda boleh menukar jam tali mengikut kesukaan anda tanpa perlu membeli tali ini pada Huawei sahaja.

Jam Huawei Watch ini hadir dengan sistem operasi Android Wear daripada Google dan ianya boleh digunakan pada peranti Android dan kini juga boleh digunakan pada peranti iOS selepas sokongan bagi peranti Apple diumumkan baru-baru ini.

Walaupun telah mendedahkan bahawa peranti ini akan tiba didalam masa terdekat, Huawei Malaysia tidak mendedahkan sebarang maklumat harga penjualan jam pintar ini di pasaran tempatan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.