Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A18 kini rasmi dengan Skrin Super AMOLED 6.7 Inci, Helio G99+ dan Kamera 50MP

Samsung Galaxy A18 kini rasmi dengan Skrin Super AMOLED 6.7 Inci, Helio G99+ dan Kamera 50MP 1

Samsung Galaxy A18 kini rasmi dengan Skrin Super AMOLED 6.7 Inci, Helio G99+ dan Kamera 50MP 2

Samsung Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan Samsung Galaxy A18, telefon pintar baharu dalam siri Galaxy A yang hadir dengan peningkatan dari segi prestasi, paparan, kamera serta ciri kecerdasan buatan (AI). Peranti ini turut menawarkan ciri keselamatan Samsung Knox dan sokongan kemas kini sistem operasi serta keselamatan sehingga enam tahun.

Terus ke spesifikasi, Samsung Galaxy A18 dilengkapi skrin 6.7 inci FHD+ Super AMOLED yang menawarkan paparan lebih terang dan warna lebih menyerlah. Skrin ini sesuai untuk aktiviti penstriman video, melayari media sosial serta bermain permainan mudah alih.

Peranti ini dikuasakan pemproses MediaTek Helio G99+ bersama memori LPDDR5 yang menawarkan prestasi lebih responsif, termasuk pelancaran aplikasi lebih pantas dan pengalaman multitasking yang lebih lancar. Galaxy A18 turut menyokong ciri RAM Plus yang membolehkan pengguna menambah sehingga 6GB memori maya menggunakan ruang storan dalaman.

Untuk fotografi, Galaxy A18 dilengkapi sistem tiga kamera belakang yang terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera ultra lebar 5MP dan kamera makro 2MP. Gabungan ini memberikan lebih fleksibiliti kepada pengguna untuk mengambil gambar landskap, foto berkumpulan serta rakaman objek dari jarak dekat.

Galaxy A18 turut membawa beberapa ciri AI untuk memudahkan urusan harian pengguna. Antaranya ialah Circle to Search yang membolehkan pengguna mencari maklumat mengenai kandungan pada skrin hanya dengan membuat bulatan atau mengetik objek yang ingin dikenal pasti.

Ciri Find the Look pula membolehkan pengguna mencari inspirasi pakaian atau mengenal pasti muzik yang sedang dimainkan berhampiran. Selain itu, peranti ini menyokong beberapa AI agents termasuk Google Gemini dan Perplexity yang boleh diaktifkan melalui arahan suara atau tekan lama. Ciri ini membolehkan pengguna melaksanakan tugasan merentasi aplikasi Galaxy, Google dan aplikasi pihak ketiga terpilih.

Dari segi kemudahan, Galaxy A18 menyokong Samsung Wallet yang membolehkan pengguna menyimpan kad digital, tiket wayang dan pas masuk penerbangan dalam satu aplikasi. Pengguna juga boleh membuat pembayaran menggunakan QR Pay yang dikuasakan MAE Scan and Pay di premis terpilih. Galaxy A18 LTE dengan One UI 9.0 turut membolehkan pengguna mengimbas kod DuitNow QR terus melalui aplikasi kamera.

Aspek keselamatan diperkukuhkan menerusi Samsung Knox dan Knox Vault yang menyediakan perlindungan berasaskan perkakasan untuk maklumat sensitif pengguna. Samsung turut menjanjikan sehingga enam tahun kemas kini sistem operasi dan keselamatan.

Dari segi ketahanan, Galaxy A18 mempunyai perlindungan IP64 terhadap habuk dan percikan air, selain menggunakan Corning Gorilla Glass 3 pada bahagian hadapan bagi meningkatkan ketahanan terhadap calar. Bahagian belakangnya pula menggunakan bahan Glass-Fiber-Reinforced Polymer yang lebih nipis dan kukuh.

Samsung Galaxy A18 kini rasmi dengan Skrin Super AMOLED 6.7 Inci, Helio G99+ dan Kamera 50MP 3

Samsung Galaxy A18 LTE kini ditawarkan di Malaysia pada harga pengenalan RM1,099 untuk tempoh terhad, berbanding harga asal RM1,199.

Pembelian dari 14 Oktober hingga 31 Disember 2026 turut menikmati rebat RM100 serta pengecas Super Fast Charging 25W percuma.

Galaxy A18 LTE ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Light Blue, Black dan Silver.

Dapatkan Samsung Galaxy A18 di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.