ULASAN : Samsung Galaxy S26 FE – Flagship Experience Pada Harga Lebih Berbaloi

Samsung Galaxy S26 FE
Pengenalan
Sejurus selepas pelancaran Galaxy Z Fold Series, Samsung kembali memberikan tumpuan kepada pelancaran satu lagi model Galaxy S26 Series yang kebiasaanya dilancarkan pada pertengahan kedua iaitu Galaxy S26 FE.
Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, Samsung mahu mengubah presepsi pengguna bahawa Galaxy S26 FE hanya lah sebuah model yang lebih berpatutan dalam keluarga flagship tanpa sebarang nilai tambahan setaraf flagship.
Jika FE secara asasnya adalah Fan Edition, Samsung cuba untuk memasarkan telefon pintar ini sebagai peranti untuk semua atau ‘For Everyone’ yang lengkap dengan Galaxy AI.
Walaupun krisis kekurangan RAM dan memori telah menyebabkan peningkatan kepada harga telefon pintar, Samsung dilihat beruasaha keras untuk mengekalkan harga Galaxy S26 FE pada tahap yang lebih kurang sama seperti generasi sebelum ini
Berikut adalah ulasan Samsung Galaxy S26 FE yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 2,899.
Reka Bentuk
Samsung Galaxy S26 FE tampil dengan rekaan yang hampir sama seperti generasi FE sebelum ini kecuali ianya kini memiliki ‘camera island’ dan pasti ramai juga yang menghadapi kesukaran untuk membezakanya dengan Galaxy S26 Series yang lain.
Walaupun kelihatan sama, Galaxy S26 FE hadir dengan kerangka Enhanced Armor Aluminium yang lebih kukuh dan ringan berbanding aluminium biasa namun ianya tidak sama dengan kerangka Armor Aluminum 2 seperti pada ahli keluarga Galaxy S26 yang lain dan ini sedikit sebanyak membantu menjadikan telefon pintar ini ditawarkan pada harga yang lebih berpatutan.
Selain itu, Samsung Galaxy S26 FE juga mengekalkan penarafan kalis air dan habuk IP68, lapisan gelas Gorilla Victus+ pada panel hadapan dan belakang.
Seterusnya, Galaxy S26 FE merupakan sebuah telefon pintar yang amat selesa digunakan dan penggunaan kerangka yang flat bermaksud telefon pintar memberikan pengalaman yang sama seperti kebanyakkan flagship lain dipasaran.
Bercakap mengenai warna, Galaxy S26 FE ditawarkan didalam 3 warna iaitu Graphite, Pistachio dan Blueberry dengan unit ulasan kami adalah didalam warna Graphite.
Selain daripada itu, kedudukan butang fizikal adalah pada kedudukan biasa yang mudah dicapai pada sisi kanan dan terdapat juga sensor capjari dalam skrin yang mana ia merupakan jenis optikal namun tahap pengesanan adalah cukup pantas.
Skrin
Samsung Galaxy S26 FE menampilkan skrin paparan Dynamic AMOLED 2X berukuran 6.7-inci dengan resolusi FHD+. Ianya adalah panel LTPS yang menyokong kadar segar semula antara 60-120Hz.
Selain itu, panel AMOLED yang digunakan ini HDR10+ yang cukup ideal untuk menonton kandungan di Netflix selain sokongan Android Ultra HDR. Ianya turut hadir dengan kadar kecerahan maksima mencecah 1,900 nits yang pastinya meningkatkan kebolehlihatan skrin peranti ini dikawasan cahaya tinggi selain turut dibantu ciri Vision Booster.
Seperti biasa, Samsung menawarkan dua mod warna skrin iaitu Vivid untuk warna yang lebih berwarna atau Natural untuk paparan warna yang lebih semulajadi. Terdapat juga ciri eye comfort shield yang menapis cahaya biru.
Bercakap mengenai ukuran bezel pada Galaxy S26 FE, ianya adalah simetri pada semua sudut dengan saiz yang amat minima dan lubang punch hole juga tidak terlalu besar.
Pemproses
Samsung Galaxy S26 FE hadir dengan cip Exynos 2500 yang dibina menggunakan teknologi fabrikasi 3nm. Ia merupakan peningkatan daripada Exynos 2400 pada Galaxy S25 FE yang menggunakan proses 4nm, sekali gus menawarkan kecekapan tenaga yang lebih baik.
Selain itu, cip Exynos 2500 ini mengekalkan konfigurasi 10 teras dengan gabungan beberapa jenis teras CPU. Untuk grafik pula, Samsung melengkapkan cip ini dengan GPU Xclipse 950. GPU ini merupakan generasi lebih baharu berbanding Xclipse 940 yang digunakan pada Galaxy S25 FE dan S24 FE.
Dari segi memori pula, Galaxy S26 FE hadir dengan 8GB RAM LPDDR5X manakala storan dalaman pula ditawarkan dalam konfigurasi 128GB, 256GB dan 512GB menggunakan teknologi UFS 4.0.
Dalam pada itu, Samsung turut menyediakan ciri RAM Plus yang membolehkan sebahagian storan digunakan sebagai memori maya. Pengguna boleh menetapkannya antara 2GB hingga 8GB atau mematikan fungsi tersebut sepenuhnya.
Secara keseluruhan, peningkatan kepada Exynos 2500 memberikan Galaxy S26 FE peningkatan prestasi yang ketara berbanding cip Exynos 2400 dan Exynos 2400e generasi sebelumnya.
Dari segi perisian pula, Samsung Galaxy S26 FE hadir dengan One UI 9 yang berasaskan Android dan sebagai sebahagian dari ahli keluarga flagship, Galaxy S26 FE juga akan menerima 7 tahun kemaskini OS Android.
Seterusnya, Galaxy AI pada Samsung Galaxy S26 FE ini adalah setaraf pada Galaxy S26 Series iaitu pengalaman Galaxy AI yang peka terhadap konteks membantu memudahkan urusan harian dengan menyesuaikan diri mengikut rutin pengguna, sekaligus memastikan mereka sentiasa mendapat maklumat yang diperlukan dan kekal teratur. Ia juga membolehkan tugasan harian dilakukan dengan lebih pantas dan lancar bagi pihak pengguna.
Antara ciri Galaxy AI yang popular adalah Call Assist, Writing Assist, Interpreter, Note Assist, Transcript Assist, Browsing Assist, Photo Assist,Creative Studio, MyFan Cam , Audio Eraser, Weather Wallpaper, Now Brief dan Now Nudge.
Now Brief yang diperkenalkan pada siri Galaxy S25 kini hadir dengan pengalaman yang lebih diperibadikan melalui kad ringkasan yang boleh disesuaikan, termasuk maklumat cuaca dan pandangan berkaitan kesejahteraan. Pengguna juga boleh mencipta kad mereka sendiri hanya menggunakan arahan ringkas, menjadikan Now Brief lebih relevan sepanjang hari.
Now Nudge pula kini diperluaskan kepada beberapa aplikasi pihak ketiga serta notifikasi terpilih. Ciri ini memberikan cadangan yang tepat pada masanya berdasarkan konteks pengguna, membantu mereka menukar maklumat dan pandangan yang diterima kepada tindakan serta mengurus rutin harian dengan lebih mudah.
Sementara itu, Circle to Search with Google kini membolehkan pengguna mencari beberapa objek dalam satu imej secara serentak. Ini memudahkan pengguna mengenal pasti produk, lokasi, objek dan pelbagai perkara lain dalam hanya satu langkah.
Lebih lanjut, Samsung juga telah menambah beberapa ciri seperti pada Call Assist yang sebelum ini hanya hadir dengan ciri Call Screening dan Live Translate, namun kini ditambah dengan ciri Call Brief.
Jika anda mengaktifkan ciri Call Brief ini, Call Assist secara tidak langsung ‘mendengar’ perbualan telefon anda dan mengenal pasti maklumat yang mungkin berkaitan. Contohnya, jika anda sedang berbincang tentang sesuatu acara yang sudah wujud dalam kalendar anda, maklumat berkaitan akan dipaparkan secara automatik pada skrin panggilan yang secara langsung.
Kamera
Galaxy S26 FE menampilkan sistem tiga kamera di bahagian belakang yang terdiri daripada sensor utama 50MP dengan OIS, sensor Ultra Wide 12MP dan sensor telefoto 8MP dengan OIS serta kebolehan zoom 3x optical. Untuk kamera hadapan pula, Samsung melengkapkan peranti ini dengan sensor 12MP f/2.2.
Gabungan ini memberikan Galaxy S26 FE fleksibiliti untuk mengambil gambar daripada sudut lebar sehingga subjek yang berada jauh, sementara OIS pada kamera utama dan telefoto membantu mengurangkan gegaran ketika mengambil gambar atau merakam video.
Samsung turut menaik taraf pemprosesan imej bagi menghasilkan gambar yang lebih baik, sama ada ketika mengambil gambar statik atau merakam subjek yang bergerak pantas.
Di bahagian hadapan pula, Galaxy S26 FE dilengkapi kamera swafoto 12MP yang mampu menangkap kawasan lebih luas dalam satu bingkai. Ini amat berguna ketika mengambil gambar berkumpulan kerana lebih ramai boleh dimuatkan tanpa perlu terlalu jauh daripada kamera.
Untuk rakaman video, Samsung membawa ciri My FanCam yang sebelum ini diperkenalkan pada peranti Galaxy boleh lipat terbaharu. Fungsi ini boleh mengenal pasti individu yang dipilih dan mengekalkan kedudukan mereka di tengah bingkai secara automatik. Apabila subjek bergerak, kamera akan melaraskan komposisi secara pintar supaya rakaman kelihatan lebih kemas tanpa memerlukan banyak suntingan secara manual.
Selain ciri MyFanCam, rakaman video Super Steady kini hadir dengan dengan Horizontal Lock yang mana ianya menggabungkan sudut optik yang diperluas dengan sensor giroskop dan acceleration untuk mengenal pasti arah graviti serta memastikan rakaman anda sentiasa seimbang, walaupun anda atau telefon pintar anda berputar sehingga 360° (resolusi adalah pada 1440p).
Selain itu, proses penyuntingan juga menjadi lebih mudah dan mudah. Dengan Photo Assist yang dipertingkatkan, pengguna boleh memperhalusi imej dan menzahirkan kreativiti mereka hanya dengan menerangkan apa yang diinginkan menggunakan kata-kata semualajadi.
Pada masa yang sama, Creative Studio juga membolehkan anda menukar idea mereka kepada visual yang lebih kemas dengan mudah daripada pelekat dan jemputan hinggalah kepada wallpaper yang diperibadikan.
Dalam pada itu, ciri Audio Eraser pada Galaxy S26 FE juga membolehkan anda melaraskan audio mengikut keperluan anda dan dengar bunyi yang diinginkan dengan lebih jelas, walaupun dalam persekitaran yang bising. Sama ada daripada livestream atau kandungan rakaman di media sosial, Audio Eraser membantu mengurangkan bunyi latar yang tidak diingini supaya suara dan bunyi penting lain dapat didengar dengan lebih jelas.
Walaupun detik tersebut telah berlalu, Photo Assist memudahkan pengguna mengubah suai imej menggunakan arahan dalam bahasa semula jadi, seperti menukar suasana siang kepada malam, menambah elemen baharu atau memulihkan bahagian imej yang hilang. Pengguna juga boleh menyemak setiap perubahan langkah demi langkah serta mengubah suai atau membatalkannya pada bila-bila masa.
Dengan Gemini Omni, pengguna boleh mencipta dan mengedit klip video dengan mudah menggunakan foto dan video daripada Gallery, sekali gus menghasilkan video yang lebih menarik dan sedia untuk dikongsi.
Bateri
Samsung Galaxy S26 FE hadir bateri berkapasiti 4,900mAh yang bermaksud kapasiti bateri pada model ini adalah sama seperti pada generasi sebelum ini.
Dengan kombinasi cipset Exynos 2500 yang lebih cekap tenaga, Galaxy S26 FE mampu memberikan anda jangka hayat bateri yang cukup memuaskan.
Selain itu, Galaxy S25 FE juga menyokong pengecasan Fast Charging 2.0 pada kadar 45W yang mampu menawarkan sekitar 65% pengecasan didalam masa 30 minit sahaja. Galaxy S26 FE turut membawakan pengecasan tanpa wayar dan Wireless PowerShare.
Bagi meningkatkan jangka hayat bateri, Galaxy S26 FE juga memiliki ciri Bateri Protection Mode yang memiliki beberapa tetapan seperti Basic (mengecas sehingga ke tahap 100%, Adaptive (pengecasan mengikut waktu tidur) dan Maximum (menghadkan pengecasan ke tahap 80% sahaja).
Walaupun terdapat khabar angin awal yang mengatakan terdapat kemungkinan penggunaan kandungan silikon karbon pada bateri Galaxy S26 FE, perkara ini tidak menjadi realiti dan kita mungkin perlu menunggu sehingga tahun 2027.
Penutup
Seperti setiap tahun, Samsung Galaxy S26 FE hadir sebagai alternatif kepada pengguna yang mahu pengalaman kelas flagship namun harga yang lebih berpatutan.
Ini secara asanya bermaksud Samsung menawarkan sebuah telefon pintar flagship killer dalam keluarga flagship Galaxy S.
Pada harga kurang dari RM 3,000, Samsung Galaxy S26 FE berfungsi sebagai entry point kepada pengalaman flagship Galaxy S Series yang juga tampil dengan suite penuh Galaxy AI.
Dapatkan Samsung Galaxy S26 FE di Samsung Online Store atau Samsung Experience Store yang berhampiran anda.


























