Xiaomi REDMI Note 17 Series kini rasmi di Malaysia

Xiaomi hari ini secara rasmi melancarkan REDMI Note 17 Series di Malaysia yang terdiri daripada empat model iaitu REDMI Note 17, REDMI Note 17 5G, REDMI Note 17 Pro 5G dan model Pro Max pertama dalam siri ini, REDMI Note 17 Pro Max 5G.
Selain telefon pintar, Xiaomi turut memperkenalkan REDMI Watch 6 Active, REDMI Watch 6 Lite serta pilihan warna baharu Mist Blue untuk REDMI Headphones Neo.
REDMI Note 17 Series
REDMI Note 17 Pro Max 5G menjadi model paling premium dalam siri ini dengan bateri terbesar Xiaomi setakat ini berkapasiti 10,000mAh. Ia turut menyokong 100W HyperCharge dan 27W pengecasan terbalik.
REDMI Note 17 Pro Max 5G dan REDMI Note 17 Pro 5G pula merupakan model pertama dalam industri yang menerima TÜV SÜD 5-star Titan Quality Certification dengan pensijilan merangkumi ketahanan lasak, perlindungan kalis air IP66, IP68, IP69 dan IP69K serta Corning Gorilla Glass Victus 2.
Dari segi prestasi, REDMI Note 17 Pro Max 5G dikuasakan cip Snapdragon 6 Gen 5, manakala REDMI Note 17 Pro 5G menggunakan Snapdragon 6s Gen 4.
Bagi model asas, REDMI Note 17 5G dan REDMI Note 17 hadir dengan bateri 7,700mAh serta pengecasan pantas 45W. Kedua-duanya turut menerima TÜV SÜD 5-star Battery Performance Certification, selain menawarkan perlindungan IP65 dan Corning Gorilla Glass 7i.
REDMI Watch 6 Active
REDMI Watch 6 Active hadir dengan skrin AMOLED 1.85 inci yang menawarkan kecerahan puncak sehingga 1,200 nits. Ia menggunakan reka bentuk ultra nipis 9.9mm dengan berat hanya 26g serta menyokong Always-on Display.
Jam pintar ini menawarkan sehingga 18 hari hayat bateri dalam penggunaan ringan, Bluetooth Calling serta pemantauan kadar degupan jantung, oksigen dalam darah, tekanan dan tidur. Ia turut menyokong lebih daripada 140 mod sukan serta perlindungan habuk dan air IP68.
REDMI Watch 6 Lite
REDMI Watch 6 Lite pula hadir dengan skrin AMOLED lebih besar berukuran 1.96 inci dan kecerahan puncak sehingga 1,500 nits. Ia turut menggunakan reka bentuk nipis 9.9mm dan berat hanya 27.8g.
Antara ciri utamanya ialah sistem penentududukan GNSS lima sistem terbina dalam untuk penjejakan laluan tanpa memerlukan telefon pintar. Ia turut menawarkan lebih daripada 150 mod sukan, ciri penjejakan aktiviti berenang, sensor 9-paksi, ketahanan air 5ATM dan hayat bateri sehingga 18 hari.
REDMI Headphones Neo Kini dalam Warna Mist Blue
Xiaomi turut memperkenalkan pilihan warna Mist Blue untuk REDMI Headphones Neo. Fon kepala ini dilengkapi Active Noise Cancellation sehingga 42dB yang boleh melaraskan tahap pengurangan hingar mengikut persekitaran.
Ia turut menggunakan sistem pengurangan hingar panggilan AI tiga mikrofon untuk meningkatkan kejelasan suara serta menyokong pensijilan Hi-Res Gold bagi pengalaman audio berkualiti tinggi.
REDMI Boss for a Day Bersama Meerqeen
Bersempena pelancaran REDMI Note 17 Series di Malaysia, Xiaomi akan menganjurkan acara “REDMI Boss for a Day: Meerqeen” di Xiaomi Store The Exchange TRX, Kuala Lumpur pada 5 September 2026.
Pelanggan yang membuat pra-tempahan REDMI Note 17 Pro Series boleh mengambil peranti mereka mulai jam 10 pagi. 80 pelanggan terawal yang layak pula berpeluang menyertai sesi meet-and-greet eksklusif bersama duta REDMI Note 17 Series Malaysia, Meerqeen.
Pengunjung juga boleh menyertai sesi cabutan bertuah untuk memenangi pelbagai hadiah menarik.
Harga dan Ketersediaan
Pra-tempahan REDMI Note 17 Series masih dibuka melalui Xiaomi Stores, mi.com serta kedai rasmi Xiaomi di Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Jualan terbuka pula berlangsung dari 5 September hingga 30 September 2026.
Xiaomi turut bekerjasama dengan Atome untuk menawarkan pelan ansuran 0%, bersama tambahan baucar diskaun RM100 yang boleh digunakan bersama promosi sedia ada bagi pembelian REDMI Note 17 Series.
- REDMI Note 17 Pro Max 5G (8GB+256GB) – Harga biasa RM1,999, harga promosi RM1,799
- REDMI Note 17 Pro Max 5G (8GB+512GB) – Harga biasa RM2,299, harga promosi RM2,099
- REDMI Note 17 Pro 5G (8GB+256GB) – Harga biasa RM1,899, harga promosi RM1,799
- REDMI Note 17 Pro 5G (8GB+512GB) – Harga biasa RM1,599, harga promosi RM1,499
- REDMI Note 17 5G (6GB+128GB) – Harga biasa RM1,099, harga promosi RM999
- REDMI Note 17 5G (8GB+256GB) – Harga biasa RM1,299, harga promosi RM1,199
- REDMI Note 17 (4GB+128GB) – Harga biasa RM849, harga promosi RM749 (eksklusif dalam talian)
- REDMI Watch 6 Active – Harga biasa RM229, harga promosi RM159
- REDMI Watch 6 Lite – Harga biasa RM299, harga promosi RM249
- REDMI Headphones Neo Mist Blue – Harga biasa RM399, harga promosi RM239
Pembeli REDMI Note 17 Pro Max 5G akan menerima REDMI Headphones Neo secara percuma, manakala pembeli REDMI Note 17 5G menerima Xiaomi Smart Band 9 Active secara percuma.
Turut ditawarkan ialah perlindungan waranti tambahan termasuk waranti bateri sehingga lima tahun bagi model Pro Max, perlindungan skrin, kerosakan akibat cecair, penutup belakang dan waranti kualiti. Pembeli juga menerima manfaat digital termasuk dua bulan YouTube Premium dan enam bulan Google One dengan storan awan 200GB.







