Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Pad 20 bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi

HONOR Pad 20 bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi 1

HONOR Pad 20 bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi 2

HONOR terus mengekalkan kedudukannya sebagai jenama tablet Android No.1 di Malaysia berdasarkan jumlah jualan, dengan mencatatkan syer pasaran tertinggi sebanyak 32 peratus dan menduduki tempat teratas selama 27 bulan berturut-turut, menurut International Data Corporation (IDC).

Ini bermakna satu daripada setiap tiga tablet Android yang dijual di Malaysia ialah tablet HONOR.

Meneruskan momentum ini, HONOR MagicPad 4 yang baru dilancarkan memperkenalkan dwi-sistem operasi PC AI dan tablet 2-dalam-1 yang pertama dalam industri. Peranti ini turut mencatatkan jualan lebih dua kali ganda berbanding model terdahulu, sekali gus menjadikannya pelancaran tablet mercu HONOR paling berjaya setakat ini.

HONOR Pad 20 bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi 3

Siri HONOR Pad 20 Baharu Bakal Tiba di Malaysia

Susulan kejayaan Pad 10, HONOR bakal memperkenalkan Siri Pad 20 baharu di Malaysia, sekali gus memperkukuh portfolio tabletnya menerusi rangkaian serba lengkap yang direka untuk menjadikan teknologi berinspirasikan peranti mercu lebih mudah dimiliki oleh rakyat Malaysia.

Direka untuk gaya hidup digital masa kini yang semakin dinamik, Siri HONOR Pad 20 menawarkan keseimbangan antara produktiviti, hiburan dan kepelbagaian kegunaan harian. Berbanding model terdahulu, siri baharu ini menawarkan peningkatan ketara dalam keseluruhan pengalaman pengguna, termasuk paparan canggih, ciri produktiviti AI bertaraf mercu, prestasi dipertingkatkan, kapasiti bateri besar dan sistem pembesar suara yang dinaik taraf. Semua peningkatan ini membolehkan pengguna melakukan lebih banyak perkara sambil menikmati pengalaman hiburan imersif di mana-mana sahaja.

Seiring pengguna semakin mencari peranti yang lebih serba boleh dan menjimatkan kos untuk memenuhi keperluan pengkomputeran harian, tablet kini muncul sebagai alternatif praktikal kepada komputer riba konvensional, khususnya untuk pelajar universiti, golongan profesional muda dan pengguna dengan keperluan produktiviti yang lebih ringan.

Dilengkapi PC Mode dan rangkaian ciri yang memfokuskan produktiviti, Siri HONOR Pad 20 bertujuan untuk merapatkan jurang antara kemudahalihan tablet dengan produktiviti seperti PC. Ini membolehkan pengguna belajar, bekerja, berkarya dan menikmati hiburan dengan lancar melalui satu peranti.

Butiran lanjut, termasuk harga dan spesifikasi rasmi, akan diumumkan tidak lama lagi. Nantikan perkembangan terkini menerusi laman web rasmi dan saluran media sosial HONOR Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, layari www.honor.com/my

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.