Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Watch9 Series – turut dikuasakan cip Snapdragon Wear Elite

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Watch9 Series - turut dikuasakan cip Snapdragon Wear Elite 1

Samsung Galaxy Watch9 Series juga telah diperkenalkan secara rasmi di Samsung Unpacked sebentar tadi dan ianya hadir didalam dua saiz iaitu 40mm dan 44mm.

Berikut adalah pandang pertama Samsung Galaxy Watch9 Series.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Watch9 Series - turut dikuasakan cip Snapdragon Wear Elite 2

Skrin paparan AMOLED yang cerah

Samsung Galaxy Watch9 Series hadir dengan paparan Super AMOLED berukuran 1.34-inci (40mm) and 1.47-inci (44mm).

Selain itu, Galaxy Watch9 Series turut dilengkapi paparan yang memiliki kecerahan puncak sehingga 3,000 nits, ini membolehkan kandungan pada skrin kekal jelas dan mudah dibaca walaupun di bawah cahaya matahari yang terang. Ini menjadikan pengalaman melihat notifikasi, peta dan data senaman lebih selesa ketika digunakan di luar.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Watch9 Series - turut dikuasakan cip Snapdragon Wear Elite 3

Samsung Galaxy Watch pertama dengan Cip Snapdragon Wear Elite

Samsung Watc9 juga menjadi antara jam tangan pintar pertama Galaxy Watch untuk dikuasakan cip Snapdragon Wear Elite yang menawarkan prestasi yang lebih baik berbanding cipset yang digunakan pada generasi sebelum ini iaitu dengan peningkatan prestasi CPU sebanyak 32% selain peningkatan kepantasan operasi sebanyak 19%. Ianya juga memiliki 32GB storan dalaman dan 2GB RAM serta sistem operasi One UI 9 Watch yang berasaskan Wear OS 7.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Watch9 Series - turut dikuasakan cip Snapdragon Wear Elite 4

Jangka Hayat Bateri lebih baik

Dari segi bateri, Galaxy Watch9 hadir dengan kapasiti yang lebih besar berbanding generasi terdahulu. Varian 40mm dilengkapi bateri 390mAh, manakala model 44mm menggunakan bateri 445mAh. Digabungkan dengan cip baharu yang lebih cekap tenaga serta pengoptimuman One UI Watch, siri ini dijangka menawarkan ketahanan bateri yang lebih baik untuk penggunaan harian.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Watch9 Series - turut dikuasakan cip Snapdragon Wear Elite 5

Raise to Talk

Galaxy Watch9 Series turut memperkenalkan ciri Raise to Talk, membolehkan pengguna mengaktifkan pembantu AI seperti Gemini atau Bixby hanya dengan mengangkat pergelangan tangan dan bercakap tanpa perlu menekan sebarang butang.

Dapatkan Samsung Galaxy Watch9 Series Sekarang!

  • Galaxy Watch9 44mm LTE – RM1,899
  • Galaxy Watch9 44mm (Bluetooth) – RM1,599
  • Galaxy Watch9 40mm LTE – RM1,799
  • Galaxy Watch9 40mm (Bluetooth) – RM1,499

Samsung turut menawarkan pelbagai ganjaran menarik sepanjang tempoh pra-tempahan, termasuk langganan Strava Premium percuma selama 60 hari, Samsung Rewards Points Booster bernilai sehingga RM200, serta Registration of Interest Voucher bernilai sehingga RM120. Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati diskaun PWP 10% apabila membeli bersama Galaxy Z atau Galaxy S Series terpilih, serta diskaun PWP 30% untuk Galaxy Watch Straps terpilih apabila dibeli bersama Galaxy Watch9.

Dapatkan Samsung Galaxy Watch9 Series di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.