Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra dilancarkan secara rasmi – harga dari RM 8,099

Samsung Galaxy Unpacked yang berlangsung juga telah menyaksikan pelancaran Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra, model foldable Galaxy yang kini diletakkan sebagai model yang lebih premium dengan penambahan moniker Ultra.
Walaupun tumpuan tahun ini adalah pada Galaxy Z Fold8, Samsung telah berusaha untuk memperbaiki pelbagai aspek telefon pintar ini yang termasuk reka bentuk dengan ketebalan 4.1mm (8.9mm ketika dilipat). Ianya lebih mudah dibuka dan penggunaan filem titanium aloi dan engsel titanium plate.
Selain itu, Galaxy Z Fold8 Ultra juga akan hadir dengan kerangka Armor Aluminum berserta penarafan kalis air dan habuk IP serta lapisan gelas Gorilla Glass Ceramic3 pada cover display dan lapisan Glass Victus2 pada panel belakang.
Bercakap mengenai skrin, Galaxy Z Fold8 Ultra tampil dengan Dynamic AMOLED 2x berukuran 8.0-inci dengan resolusi 2160 x 1856 piksel dan kadar segar semula 120Hz. Panel utama ini adalah 15% lebih cerah, 13% lebih jelas dan memiliki kecerahan mencecah 3,000nits
Flex Titanium merupakan teknologi baharu Samsung yang menggunakan struktur paparan berasaskan titanium untuk menjadikan telefon boleh lipat lebih nipis tanpa mengorbankan ketahanan. Gabungan filem aloi titanium dan plat titanium yang dipertingkatkan membantu mengukuhkan sokongan paparan, menyerap tekanan serta hentakan, selain mengurangkan kesan lipatan (crease) dari semasa ke semasa. Ia juga menjadikan proses membuka peranti terasa lebih lancar, ringan dan semula jadi.
Selain itu, Galaxy Z Fold8 Ultra ini dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 for Galaxy bersama 12GB/16GB RAM dan storan dalaman yang bermula dari 256GB. Ianya akan turut hadir dengan One UI 7.0 yang berasaskan Android 17 dan membawa beberapa ciri baharu Galaxy AI seperti Now Nudge on multi window.
Beralih kepada kamera, Galaxy Z Fold8 Ultra hadir dengan sensor utama 200MP bersama sensor telefoto 3x 10MP dengan 2x zoom optikal dan sensor ultrawide 50MP. Samsung Z Fold8 Ultra juga memiliki sensor selfie 10MP (100° FoV) pada main screen dan cover screen.
Beralih kepada bateri, Galaxy Z Fold8 Ultra hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh, berita gembira kepada pengguna yang telah lama menanti untuk kapasiti yang besar. Ianya juga disertakan dengan pengecasan pantas 45W (0-67% dalam 30 minit) dan pengecasan tanpa wayar 20W (0-35% dalam 30 minit).
Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra akan ditawarkan didalam warna Violet Shadow, Graphite, Cream dan Green Shadow yang merupakan warna ekslusif online Samsung.com.
Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra akan ditawarkan pada harga RM 8,099 bagi versi 12/256GB, RM8,899 bagi versi 12/512GB dan RM 10,499 bagi versi 16GB/1TB
Sepanjang tempoh pra-tempahan, pelanggan boleh menikmati pelbagai tawaran menarik termasuk rebat eksklusif sehingga RM800, Samsung Rewards Points Booster bernilai sehingga RM400, serta rebat segera RM500 apabila membuat pembelian menggunakan kad bank terpilih.
Selain itu, pembeli yang telah membuat tempahan awal melalui program Samsung Reservation+ turut boleh menebus baucar bernilai RM250. Samsung juga menawarkan pelan ansuran 0% faedah sehingga 36 bulan di bank-bank yang mengambil bahagian.
Lebih menarik, pelanggan yang membeli siri baharu Galaxy Z turut layak mendapatkan aksesori Samsung terpilih dengan diskaun sehingga 30%.
Dapatkan Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra di SINI






