Acara Samsung Galaxy Unpacked akan berlangsung pada 22 Julai ini

Samsung secara rasminya telah mengesahkan majlis Galaxy Unpacked akan berlangsung pada 22 Julai Ini, yang akan menjadi pentas generasi baharu foldable Galaxy Z Series.
Lebih lanjut, Galaxy Unpacked kali ini akan berlangsung pada 22 Julai 2026 di London, United Kingdom. Bandar yang terkenal sebagai pencetus trend global itu menjadi lokasi pilihan bagi memperkenalkan generasi baharu peranti Galaxy kepada dunia.
Pada acara tersebut, Samsung dijangka memperkenalkan penambahan terbaharu dalam portfolio Galaxy yang telah menjadi peneraju dalam kategori telefon pintar boleh lipat. Menggabungkan keupayaan kecerdasan buatan (AI) dengan reka bentuk inovatif, peranti Galaxy generasi baharu ini direka untuk menawarkan pengalaman yang lebih peribadi, pintar dan adaptif, sekali gus menetapkan penanda aras baharu bagi era AI.
Galaxy Unpacked ini boleh disaksikan secara langsung di Samsung.com, Samsung Newsroom dan Samsung YouTube channel bermula 22 Julai 2026, jam 9.00 malam waktu Malaysia.
Sementara itu, Samsung juga telah membuka pendaftaran minat bagi generasi baharu Galaxy ini bermula 8 hingga 22 Julai 2026. Pelanggan yang melengkapkan pendaftaran berpeluang memenangi hadiah bernilai keseluruhan sehingga RM62,944, selain menerima e-baucar tambahan bernilai RM120.
Selain itu, bermula 8 hingga 24 Julai 2026, pelanggan juga boleh mendapatkan Samsung Reservation+ Voucher dengan membayar RM50 untuk menerima baucar bernilai RM250 yang boleh digunakan bagi pembelian peranti Galaxy Foldable generasi seterusnya.
Dapatkan Samsung Reservation+ Voucher di : https://www.samsung.com/my/gift-card/e-vouchers/pre-registration-evoucher-z-code-evoucher

