OPPO Reno16 Pro 5G & Reno16 5G kini rasmi di Malaysia – harga dari RM 2,699

OPPO secara rasminya telah memperkenalkan generasi baharu OPPO Reno16 Series 5G yang tampil dengan rekaan 3D Pop Planet yang unik dipasaran.
Bagi mereka yang mahukan pengalaman paling premium, OPPO Reno16 Pro 5G ini hadir dengan skrin paparan Crystal Guard+ AMOLED berukuran 6.32-inci dengan resolusi 1.5K yang menyokong kadar segar semula sehingga 144Hz. Ia dikuasakan cip MediaTek Dimensity 8550 SUPER, dipadankan dengan 12GB RAM dan 512GB storan, memberikan prestasi pantas untuk multitugas serta aplikasi AI.
Dari aspek fotografi, Reno16 Pro 5G dilengkapi sistem tiga kamera belakang yang terdiri daripada kamera utama 200MP dengan OIS, kamera ultra lebar 50MP, dan kamera telefoto 50MP dengan zum optikal 3.5x. Di bahagian hadapan pula terdapat kamera swafoto 50MP dengan autofokus, manakala rakaman video sehingga 4K 60fps disokong untuk kedua-dua kamera hadapan dan belakang.
Telefon ini turut dibekalkan bateri 6,700mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W SUPERVOOC, selain hadir dengan penarafan IP66, IP68 dan IP69 untuk ketahanan lebih baik terhadap habuk dan air.
Sementara itu, OPPO Reno16 5G juga menawarkan pakej yang tidak kurang menarik dengan paparan Crystal Guard+ AMOLED berukuran 6.32-inci dengan resolusi 1.5K serta kadar segar semula 120Hz. Ia dijana oleh cip Qualcomm Snapdragon 7 Gen 4, dipadankan dengan 12GB RAM dan 256GB storan.
Dari segi kamera, Reno16 5G turut menampilkan sistem tiga kamera belakang yang terdiri daripada kamera utama 50MP dengan OIS, kamera ultra lebar 50MP, dan kamera telefoto 50MP, bersama kamera swafoto 50MP dengan autofokus.
Telefon pintar ini turut menyokong rakaman video 4K 60fps, selain dibekalkan bateri 6,700mAh dengan sokongan 80W SUPERVOOC bagi memastikan penggunaan sepanjang hari dengan masa pengecasan yang singkat.
OPPO Reno16 Pro 5G (12GB + 256GB) hadir dalam pilihan warna Pop White dan Starlight Black, serta ditawarkan pada harga RM3,699.
Turut melengkapkan siri ini ialah OPPO Reno16 5G dan OPPO Reno16 F 5G, yang masing-masing tersedia dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Pop White, Twilight Violet dan Dream Purple.
OPPO Reno16 5G ditawarkan dalam dua konfigurasi memori, iaitu 8GB + 256GB dan 12GB + 256GB, dengan harga bermula daripada RM2,699.
Sementara itu, OPPO Reno16 F 5G turut hadir dalam pilihan 8GB + 256GB dan 12GB + 256GB, dengan harga bermula daripada RM1,999. Bagi pembelian secara dalam talian, model ini turut ditawarkan pada harga eksklusif RM1,899.




