Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI MatePad Pro Max kini rasmi di Malaysia – RM 5,999

HUAWEI MatePad Pro Max kini rasmi di Malaysia - RM 5,999 1

HUAWEI MatePad Pro Max kini rasmi di Malaysia - RM 5,999 2

HUAWEI telah mengumumkan bahawa  HUAWEI MatePad Pro Max kini ditawarkan di Malaysia  sebagai tablet flagship ultra nipis, ia menggabungkan prestasi berkuasa dengan ciri produktiviti berasaskan AI dalam reka bentuk yang elegan serta ringan, memberikan pengalaman penggunaan yang lancar untuk golongan profesional, pelajar dan pencipta kandungan yang memerlukan lebih fleksibiliti bagi urusan kerja, kreativiti dan kegunaan harian.

Bagi meningkatkan produktiviti, HUAWEI MatePad Pro Max hadir dengan WPS Office bertaraf PC yang dikuasakan AI, membolehkan pengguna menyediakan dokumen, menghasilkan pembentangan, memperkemas kandungan serta menganalisis data dengan lebih cekap. Dipadankan bersama HUAWEI Glide Keyboard dan HUAWEI M-Pencil Pro, ia menawarkan pengalaman bekerja seakan-akan menggunakan PC. Sementara itu, HUAWEI Notes turut memperkayakan aliran kerja harian menerusi pelbagai ciri pintar seperti AI Handwriting Enhancement, AI Equation Recognition, Note Replay, Resource Center, serta keupayaan kolaborasi dalam talian yang lancar.

Melengkapkan lagi pengalaman pengguna ialah aplikasi HUAWEI GoPaint, platform seni digital profesional Huawei yang menawarkan pelbagai alat lukisan intuitif serta berus digital yang realistik untuk lakaran, ilustrasi dan karya seni digital. Direka bagi menyokong ketepatan, kecekapan dan ekspresi kreatif, ia membolehkan artis, ilustrator, pereka serta pencipta kandungan merealisasikan idea mereka di mana sahaja inspirasi hadir.

Dengan ketebalan hanya 4.7 mm dan berat 509 g, HUAWEI MatePad Pro Max direka untuk mudah dibawa ke mana-mana. Ia menggabungkan kuasa sebuah stesen kerja mudah alih dengan fleksibiliti untuk bekerja, belajar dan berkarya sama ada di pejabat, bilik darjah, studio mahupun ketika dalam perjalanan.

Ditawarkan pada harga RM5,999, HUAWEI MatePad Pro Max kini boleh didapati di semua HUAWEI Experience Store, laman web rasmi HUAWEI, HUAWEI Official Store di Shopee, HUAWEI Flagship Store di Lazada, serta HUAWEI Official TikTok Shop.

Setiap pembelian turut didatangkan dengan hadiah eksklusif dan ganjaran bernilai sehingga RM3,154, termasuk HUAWEI M-Pencil Pro, HUAWEI Wireless Mouse, WPS Office bertaraf PC berkuasa AI, HUAWEI Notes berkuasa AI, waranti APAC selama setahun, serta perlindungan PaperMatte Display Care selama setahun (2 kali tuntutan).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.