Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : REDMI Watch 6 – Smartwatch Bajet yang Sukar Ditandingi

ULASAN : REDMI Watch 6 - Smartwatch Bajet yang Sukar Ditandingi 1

ULASAN : REDMI Watch 6 - Smartwatch Bajet yang Sukar Ditandingi 2

Pengenalan

Xiaomi secara rasminya telah memperkenalkan REDMI Watch 6, sebuah jam tangan pintar generasi baharu yang membawa pelbagai upgrade dari segi rekaan by, skrin paparan serta ciri pintar.

REDMI Watch 6 hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 2.07-inci yang menawarkan pengalaman visual yang lebih luas dengan paparan lebih jelas untuk notifikasi, melihat data kecergasan dan mengakses pelbagai fungsi harian. Skrin ini turut memberikan pengalaman penggunaan yang lebih selesa, terutamanya ketika berinteraksi terus melalui jam pintar.

Lebih daripada sekadar jam tangan pintar biasa, REDMI Watch 6 direka untuk memberikan pengalaman serba lengkap dengan gabungan prestasi, ketahanan serta fungsi pintar yang sesuai dengan keperluan pengguna moden. Sama ada digunakan untuk aktiviti harian, bersukan atau memantau kesihatan, smartwatch ini hadir sebagai peranti yang cuba mengimbangi antara fungsi dan gaya.

Dari segi rekaan pula, REDMI Watch 6 membawa pendekatan lebih premium dengan kemasan yang lebih kemas dan moden. Ia menyasarkan pengguna yang mahukan sebuah wearable yang bukan sahaja praktikal, tetapi juga mampu melengkapkan gaya seharian tanpa mengorbankan aspek keselesaan.

Dalam ulasan ini, kita akan melihat dengan lebih dekat pengalaman menggunakan REDMI Watch 6, termasuk aspek reka bentuk, paparan, prestasi, ciri kesihatan serta sejauh mana smartwatch ini mampu memenuhi keperluan pengguna masa kini.

ULASAN : REDMI Watch 6 - Smartwatch Bajet yang Sukar Ditandingi 3

Reka Bentuk

Dari segi reka bentuk, REDMI Watch 6 tampil dengan pendekatan yang lebih matang berbanding generasi sebelumnya. Ia membawa konsep minimalis moden dengan kemasan premium, menampilkan binaan bingkai aloi aluminium yang memberikan keseimbangan antara rupa elegan, ketahanan dan keselesaan ketika dipakai sepanjang hari.

ULASAN : REDMI Watch 6 - Smartwatch Bajet yang Sukar Ditandingi 4

REDMI Watch 6 memiliki berat sekitar 49 gram yang termasuk tali yang tidak terasa membebankan walaupun dipakai sepanjang hari. Tambahan lagi, ianya memiliki profil yang nipis dengan ketebalan sekitar 9.9mm menjadikannya sesuai digunakan untuk aktiviti kerja harian sehinggalah sesi senaman.

Dari aspek ketahanan, REDMI Watch 6 mempunyai penarafan kalis air 5ATM, membolehkannya digunakan ketika berenang atau aktiviti kecergasan yang melibatkan air atau potensi berpeluh.

ULASAN : REDMI Watch 6 - Smartwatch Bajet yang Sukar Ditandingi 5

REDMI Watch 6 hadir dalam beberapa pilihan warna yang menarik iaitu Obsidian Black, Silver Gray dan Glacier Blue , membolehkan pengguna memilih kemasan yang lebih sesuai dengan gaya peribadi sama ada mahukan penampilan lebih klasik, profesional atau lebih menyerlah.

ULASAN : REDMI Watch 6 - Smartwatch Bajet yang Sukar Ditandingi 6

Bahagian paling menggagumkan pada REDMI Watch 6 ialah paparan hadapan yang besar. Ia dilengkapi skrin AMOLED 2.07-inci dengan bezel simetri ultra nipis sekitar 2mm, memberikan nisbah skrin-ke-badan sehingga 82%. Saiz paparan yang luas ini bukan sahaja menjadikan kandungan lebih mudah dilihat, malah memberikan pengalaman navigasi yang lebih selesa ketika membaca notifikasi, melihat data kesihatan atau mengawal fungsi jam.

Paparan ini turut menyokong kadar segar semula 60Hz, memiliki kepadatan piksel 324 PPI serta kecerahan puncak sehingga 2000 nits, menjadikannya lebih mudah dilihat walaupun digunakan di kawasan luar dengan cahaya matahari yang terang.

ULASAN : REDMI Watch 6 - Smartwatch Bajet yang Sukar Ditandingi 7

Dalam pada itu, REDMI Watch 6 juga hadir dengan l kawalan fizikal dengan sistem dual-button navigation. Selain crown berputar yang diperbuat daripada stainless steel, terdapat juga satu butang tambahan yang memudahkan pengguna mengakses fungsi tertentu dengan lebih pantas. Kemasan kecil berwarna merah pada butang tersebut turut memberikan sedikit sentuhan sporty pada keseluruhan reka bentuk.

 

Untuk personalisasi, pengguna boleh menukar pelbagai pilihan watch face mengikut citarasa, termasuk sokongan paparan gambar peribadi. Tali jam pula menggunakan sistem quick-release yang membolehkan penukaran tali dilakukan dengan lebih mudah tanpa memerlukan peralatan tambahan.

ULASAN : REDMI Watch 6 - Smartwatch Bajet yang Sukar Ditandingi 8

Ciri-Ciri Utama REDMI Watch 6

REDMI Watch 6 bukan sekadar menawarkan reka bentuk menarik, tetapi turut hadir dengan pelbagai fungsi pintar untuk kegunaan harian dan kecergasan.

ULASAN : REDMI Watch 6 - Smartwatch Bajet yang Sukar Ditandingi 9

Antara ciri utama yang ditawarkan ialah sokongan lebih daripada 150 mod sukan, membolehkan pengguna merekod pelbagai aktiviti seperti berlari, berbasikal, mendaki dan banyak lagi. Sistem penjejakan turut dipertingkatkan dengan sokongan Dual L1 5-system GNSS, yang membantu memberikan lokasi lebih tepat ketika melakukan aktiviti luar.

Dari aspek kesihatan pula, jam pintar ini menawarkan pemantauan menyeluruh termasuk pemantauan kadar degupan jantung sepanjang hari, tahap oksigen dalam darah (SpO₂), pemantauan tekanan (stress), analisis tidur, latihan pernafasan dan fungsi kesihatan wanita

REDMI Watch 6 juga mempunyai ketahanan air 5ATM, menjadikannya sesuai digunakan ketika aktiviti yang melibatkan air seperti berenang atau ketika beriadah dalam keadaan basah.

ULASAN : REDMI Watch 6 - Smartwatch Bajet yang Sukar Ditandingi 10

Dari segi pengalaman penggunaan harian, jam tangan pintar REDMI ini menggunakan ekosistem Xiaomi HyperOS 3, membolehkan sambungan lebih lancar dengan peranti Xiaomi lain. Ia turut menyokong fungsi seperti kawalan peranti pintar dan kawalan kamera telefon secara jauh.

ULASAN : REDMI Watch 6 - Smartwatch Bajet yang Sukar Ditandingi 11

Jangka Hayat Bateri 

REDMI Watch 6 hadir dengan bateri berkapasiti 550mAh yang membolehkan pengguna menikmati penggunaan lebih lama tanpa perlu pengecasan yang kerap.

Menurut Xiaomi, REDMI Watch 6 mampu bertahan sehingga sehingga 24 hari dengan penggunaan ringan, 12 hari dengan penggunaan biasa atau sehingga 7 hari untuk penggunaan berat

Ini menjadikan REDMI Watch 6 sesuai untuk pengguna yang mahukan jam tangan pintar yang boleh digunakan sebagai teman harian tanpa perlu risau tentang tahap bateri, terutama bagi mereka yang aktif menggunakan fungsi pemantauan kesihatan dan kecergasan.

ULASAN : REDMI Watch 6 - Smartwatch Bajet yang Sukar Ditandingi 12

Penutup

Secara keseluruhannya, REDMI Watch 6 merupakan sebuah jam tangan pintar yang menawarkan gabungan reka bentuk premium, paparan besar yang cantik serta ciri pemantauan kesihatan dan kecergasan yang lengkap pada harga yang masih boleh dianggap sebagai berpatutan.

REDMI Watch 6 kini ditawarkan pada harga RM369 sekaligus menjadikannya pilihan menarik dalam kategori jam tangan pintar pertengahan yang mengutamakan paparan besar, bat eri tahan lama dan ciri kecergasan yang menyeluruh.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.