HONOR Magic V6 kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 7,699 – standard baharu durability

HONOR Malaysia secara rasminya telah melancarkan telefon pintar boleh lipat terbaharu daripada syarikat ini iaitu HONOR Magic V6 yang menjadi penandaras baharu ketahanan dalam kategori foldable.
Terus ke spesifikasi, HONOR Magic V6 hadir dengan skrin paparan utama berukuran 7.95-inci yang memiliki kadar segar semula 120Hz, kecerahan sehingga 5000nits, sokongan stylus dan lapisan UTG serta salutan anti-reflective. Selain itu, Magic V6 juga memiliki skrin paparan cover screen yang lebih besar iaitu 6.52-inci dengan kadar segar semula 120Hz, kecerahan sehingga 6000 nits, HONOR Anti-scratch NanoCrystal Shield dan salutan anti-Reflective.
Seterusnya , Honor Magic V5 hadir dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 , 16GB RAM dan storan dalaman 512GB.
Beralih kepada kamera, Honor Magic V6 tampil dengan sensor utama 50MP dengan aperture f/1.9 dan OIS, sensor ultrawide 50MP f/2.0 dan sensor telefoto periskop 64MP dengan 3x zoom optik dan OIS (CIPA 6.5). Kamera selfie pada cover screen dan main screen adalah 20MP.
Seterusnya, Honor Magic V6 juga memiliki bateri berkapasiti 6,600mAh yang merupakan sel bateri silikon karbon dan ianya juga menyokong pengecasan pantas 80W Honor SuperCharge dan 66W pengecasan tanpa wayar.
Lain-lain spesifikasi HONOR Magic V6 adalah penarafan kalis air dan habuk IP68 & IP69 , Wi-Fi 7, MagicOS 10, ciri AI seperti AI Writing Tools, AI Call Translation, Gemini Live, dan cross-ecosystem connectivity.
HONOR Magic V6 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 7,699 bagi versi 16/512GB dan RM 8,899 bagi versi 16GB/1TB dengan setiap pembelian akan turut menerima hadiah percuma bernilai RM 3,797 yang termasuk TV Skyworth 43″, 2 tahun waranti (VIP Service) dan 1 tahun waranti skrin retak.




