Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 17T Series kini rasmi di Malaysia

Xiaomi 17T Series kini rasmi di Malaysia 1

Screenshot

Xiaomi 17T Series kini rasmi di Malaysia 2

Xiaomi secara rasminya telah memperkenalkan Xiaomi 17T Series yang tampil didalam dua model   iaitu Xiaomi 17T dan Xiaomi 17T Pro. Kedua-duanya hadir dengan peningkatan ketara berbanding siri 15T sebelum ini, termasuk kamera telefoto lebih berkuasa, bateri lebih besar dan prestasi flagship yang dipertingkatkan.

Xiaomi 17T Series kini rasmi di Malaysia 3

Pada Xiaomi 17T, antara yang paling menarik ialah penggunaan kamera telefoto periskop 50MP dengan zoom optikal 5x (115mm), menggantikan lensa 2x pada generasi terdahulu. Kamera ini bukan sahaja mampu menghasilkan zoom “optical-grade” sehingga 10x melalui teknologi in-sensor zoom, malah turut menyokong tele-macro pada jarak serendah 30cm. Ia turut dipadankan dengan kamera ultra-lebar 12MP serta kamera selfie 32MP.

Xiaomi 17T Series kini rasmi di Malaysia 4

Dari segi paparan, Xiaomi 17T kini menggunakan skrin OLED 6.59 inci yang lebih kompak berbanding 15T sebelum ini. Skrin 120Hz ini menawarkan resolusi 1268p+, kecerahan puncak sehingga 3,500 nits, sokongan PWM 3,840Hz dan paparan 12-bit untuk pengalaman visual lebih premium.

Walaupun sedikit tebal berbanding generasi lama, Xiaomi menggunakan ruang tambahan itu untuk memuatkan bateri 6,500mAh — peningkatan besar sebanyak 1,000mAh berbanding Xiaomi 15T. Ia menyokong pengecasan pantas 67W HyperCharge, USB PPS 50W serta reverse charging 22.5W.

Xiaomi 17T Series kini rasmi di Malaysia 5

Dari sudut prestasi, Xiaomi 17T dikuasakan cip Dimensity 8500 berasaskan proses 4nm dengan konfigurasi lapan teras Cortex-A725 bersama GPU Mali-G720 MC8. Ia turut dilengkapi RAM LPDDR5X 12GB dan storan UFS 4.1 sehingga 512GB, selain sistem penyejukan Xiaomi 3D IceLoop untuk kawalan suhu lebih efektif ketika gaming atau penggunaan berat.

Xiaomi 17T Series kini rasmi di Malaysia 6

Bagi Xiaomi 17T Pro pula, model ini hadir dengan skrin OLED 6.83 inci beresolusi 1280p+ bersama kadar segar semula 144Hz. Skrin ini juga mampu mencapai tahap kecerahan minimum serendah 1 nit untuk penggunaan lebih selesa dalam keadaan gelap.

Xiaomi 17T Pro turut menerima peningkatan besar pada kapasiti bateri dengan penggunaan bateri silikon-karbon 7,000mAh, iaitu sekitar 27% lebih besar berbanding model terdahulu. Ia menyokong pengecasan pantas 100W HyperCharge, USB PPS 100W dan juga pengecasan tanpa wayar 50W.

Xiaomi 17T Series kini rasmi di Malaysia 7

Untuk fotografi, kedua-dua model berkongsi kamera telefoto, ultra-lebar dan selfie yang sama, namun 17T Pro menggunakan sensor utama lebih besar iaitu OmniVision Light Fusion 950 bersaiz 1/1.31 inci dengan piksel 1.2µm, menawarkan prestasi low-light yang lebih baik berbanding sensor pada 17T biasa.

Kedua-dua telefon juga hadir dengan lensa Leica Summilux bersama OIS, rakaman video 4K 60fps HDR10+ dan mod Leica baharu seperti Stage Mode, Leica Live Moment serta Leica Live Portrait.

Xiaomi 17T Series kini rasmi di Malaysia 8

Dari segi kuasa pemprosesan, Xiaomi 17T Pro dijana cip Dimensity 9500 berasaskan teknologi 3nm yang dikatakan menawarkan peningkatan sehingga 32% pada prestasi CPU single-core dan 33% peningkatan grafik berbanding generasi sebelum ini.

Kedua-dua model turut dilengkapi speaker stereo Dolby Atmos, pensijilan Hi-Res Audio, NFC dan sokongan Xiaomi Offline Communication. Namun model Pro menerima tambahan seperti Wi-Fi 7 dan Bluetooth 6 dengan Dual-Bluetooth.

Xiaomi 17T ditawarkan dalam pilihan warna Black, Deep Blue dan Deep Violet, manakala 17T Pro hadir dengan pilihan Black, Blue, Violet serta Opal White.

Siri Xiaomi 17T Kini Dibuka Untuk Pra-Tempahan di Malaysia Dengan Hadiah Percuma Bernilai Hingga RM1,436

Xiaomi kini membuka pra-tempahan untuk siri baharu Xiaomi 17T Pro dan Xiaomi 17T di Malaysia bermula 28 Mei hingga 11 Jun 2026. Pelanggan yang membuat pra-tempahan dalam tempoh ini akan menikmati pelbagai hadiah percuma serta manfaat digital eksklusif menerusi semua Xiaomi Store seluruh negara, laman rasmi mi.com, serta kedai rasmi Xiaomi di Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

Bagi model flagship Xiaomi 17T Pro, ia hadir dalam tiga pilihan storan iaitu 12GB+256GB pada harga RM2,899, 12GB+512GB pada harga RM3,199 dan varian tertinggi 12GB+1TB yang dijual pada harga RM3,499. Sepanjang tempoh pra-tempahan, pembeli akan menerima sebuah REDMI Pad 2 9.7 (4GB+64GB) percuma bernilai RM569.

Selain itu, Xiaomi turut menawarkan manfaat digital bernilai sehingga RM1,436 yang merangkumi tambahan jaminan selama 1+1 tahun, perlindungan kerosakan skrin selama enam bulan untuk satu tuntutan sahaja, tiga bulan langganan YouTube Premium yang sah sehingga 8 Ogos 2026, empat bulan Spotify Premium sehingga 31 Ogos 2026 serta tiga bulan Google AI Pro yang sah sehingga 12 Jun 2027.

Sementara itu, Xiaomi 17T pula ditawarkan dalam pilihan warna Violet, Blue, Opal White dan Black. Telefon pintar ini tersedia dalam dua konfigurasi storan iaitu 12GB+512GB pada harga RM2,499 serta varian 12GB+256GB eksklusif online pada harga RM2,399.

Untuk pembelian Xiaomi 17T varian 12GB+512GB sepanjang tempoh pra-tempahan, pelanggan juga akan menerima REDMI Pad 2 9.7 (4GB+64GB) percuma bernilai RM569 bersama manfaat digital bernilai sehingga RM1,256. Antara tawaran yang disediakan termasuk tambahan jaminan 1+1 tahun, perlindungan kerosakan skrin selama enam bulan, tiga bulan YouTube Premium, empat bulan Spotify Premium dan tiga bulan Google AI Pro.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.