The Ultimate Concert Duo vivo X300 Ultra dan X300 FE mula dijual di Malaysia

Susulan pelancaran siri vivo X300 yang mendapat sambutan hangat, vivo X300 Ultra dan vivo X300 FE kini rasmi dijual bermula 23 Mei hingga 23 Jun 2026 menerusi kempen Jualan Pertama di semua vivo Concept Store seluruh negara.
Siri X300 baharu ini direka sebagai telefon konsert terunggul dengan gabungan teknologi pengimejan flagship, pengalaman hiburan imersif dan prestasi pintar, membolehkan pengguna merakam setiap detik konsert yang tidak dapat dilupakan dengan kejelasan serta perincian menakjubkan.
Siri vivo X300 hadir dengan teknologi pengimejan termaju hasil kerjasama bersama ZEISS, kamera telefoto berkuasa dan ciri AI pintar untuk membantu pengguna menghasilkan gambar pentas yang lebih jelas, rakaman jarak dekat yang tajam serta video konsert sinematik walaupun dalam keadaan pencahayaan mencabar.
vivo X300 Ultra dilengkapi ZEISS Triple Prime Lenses, Kamera Telefoto APO ZEISS Gimbal-Grade 200MP 85mm dengan 60fps AF Tracking serta OIS bertaraf gimbal 3° untuk rakaman lebih stabil dan tajam. Salutan ZEISS T* pula membantu mengurangkan flare dan ghosting daripada lampu konsert. Sementara itu, vivo X300 FE tampil dengan Kamera ZEISS Super Telephoto 50MP, Stage Mode dan Dual-View Stage Video untuk rakaman konsert cahaya rendah yang lebih jelas serta video reaksi masa nyata.
Pelanggan yang membeli vivo X300 Ultra atau vivo X300 FE sepanjang tempoh kempen jualan pertama (23 Mei 2026 – 23 Jun 2026) turut berpeluang menikmati pelbagai ganjaran eksklusif, penjimatan menarik dan pilihan ansuran fleksibel.
vivo X300 Ultra (harga selepas rebat RM700)
• vivo X300 Ultra (16GB + 512GB): RM6,099
• vivo X300 Ultra (16GB + 1TB): RM7,099
vivo X300 FE:
• vivo X300 FE (12GB + 256GB): RM3,299
• vivo X300 FE (12GB + 512GB): RM3,899
• Photographer Kit: Tambah RM999 dan nikmati rebat RM300
Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati pelan ansuran 0% sehingga 24 bulan, rebat segera RM100 bersama rakan bank terpilih seperti OCBC Bank, Hong Leong Bank, Affin Bank dan UOB, penjimatan tambahan menerusi pilihan pembayaran PayLater terpilih serta program trade-in fleksibel secara eksklusif di vivo Concept Store seluruh negara.
Pengguna boleh mendapatkan vivo X300 FE serendah RM137.45 sebulan atau menaik taraf ke flagship vivo X300 Ultra pada hanya RM254.15 sebulan. Tawaran masa terhad ini tersedia di vivo Concept Store terpilih sepanjang tempoh jualan pertama.
Selain kempen jualan pertama, vivo Malaysia turut membawa Siri X300 ke pengalaman muzik dunia nyata, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai telefon konsert terunggul.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, vivo Malaysia menjadi rakan penaja rasmi konsert Gareth.T “Prince Of Nothing” di Kuala Lumpur pada 13 Jun 2026, membolehkan peminat menikmati persembahan secara langsung sambil merakam momen bermakna sepanjang malam tersebut.
Sebagai hadiah istimewa buat peminat, vivo Malaysia turut menganjurkan kempen “How to Win Your Tickets” yang memberi peluang kepada pengguna memenangi tiket konsert Gareth.T “Prince Of Nothing”.
Cara untuk menyertai:
• Beli vivo X300 Ultra atau vivo X300 FE
• Ambil gambar dan kongsi bukti pembelian atau pra-tempahan di media sosial
• Sertakan kandungan unboxing, foto/video yang diambil menggunakan peranti atau bukti pembelian
• Muat naik bersama hashtag rasmi berikut:
#vivoX300Ultra
#vivoX300FE
#TheUltimateConcertDuo
#GarethTongTicketGiveAway
Kempen ini berlangsung sehingga 4 Jun 2026 dan pemenang akan diumumkan pada 5 Jun 2026. Jangan lepaskan peluang untuk merakam memori yang tidak dapat dilupakan di konsert Gareth.T “Prince Of Nothing”.





