HONOR Magic V6 – Ketahanan Super Steel Hinge diuji dengan menarik pesawat 1.25 tan dan kereta Ferrari

Selepas persoalan mengenai pelancaran HONOR Magic V6 di Malaysia terjawab, pihak HONOR Malaysia telah mengadakan satu ujian ketahanan eksklusif bagi telefon pintar foldable terbaru syarikat ini.
Walaupun sudah hampir 7 tahun berada dipasaran, masih banyak pengguna yang ragu-ragu samada ketahanan telefon pintar foldable adalah setaraf telefon pintar tradisional dan HONOR mahu mengubah persepsi ini dengan melakukan ujian ketahanan tahap ekstrim pada HONOR Magic V6.
Bagi menyaksikan sendiri ujian ketahanan ini, HONOR telah memilih satu lokasi unik iaitu hangar pesawat yang menyaksikan 4 ujian ketahanan telah dijalankan.
Ujian tersebut adalah seperti berikut :
- HONOR Magic V6 digunakan untuk menarik pesawat Diamond DA42 Twin Star seberat 1.25 tan sejauh 150 meter.
- HONOR Magic V6 digunakan untuk menarik sebuah kereta sports Ferrari sejauh 30 meter.
- HONOR Magic V6 digunakan sebagai palang pull-up.
- Ketahanan Skrin Paparan Luar HONOR Magic V6
HONOR Magic V6 telah mencipta rekod baharu ASIA bagi kategori “Pesawat Paling Berat Ditarik Menggunakan Telefon Pintar Foldable
HONOR Magic V6 hadir dengan teknologi engsel HONOR Super Steel Hinge bertaraf industri dengan kekuatan tegangan sehingga 2800MPa yang mana ianya hampir dua kali ganda lebih kukuh berbanding tiang A (A-pillar) pada sebuah kereta.
Ketahanan Super Steel Hinge ini terbukti apabila mampu menarik pesawat Diamond DA42 Twin Star seberat 1.25 tan sejauh 150 meter.
Selain menarik pesawat, HONOR Magic V6 juga digunakan untuk menarik sebuah kereta sports Ferrari sejauh 30 meter dengan tekanan maksimum dikenakan pada engsel namun ianya kekal kukuh tanpa sebarang kerosakan.
Dalam pada itu, HONOR Magic V6 juga diletakkan didalam pull-up bar yang dilihat sebagai ujian paling ‘ringa’ berbanding dua ujian di atas. Ianya dilihat dengan mudah menampung berat manusia yang antara 60-120kg.
Selain itu, Engsel ini juga telah diuji sehingga 500,000 kali kitaran lipatan atau bersamaan kira-kira 13 tahun penggunaan.
Teknologi skrin baharu HONOR Magic Diamond Screen
Skrin Luar
Skrin luar ini dilindungi dengan HONOR Anti-Scratch Nano Crystal Shield generasi baharu dengan salutan silikon nitrida 5,600 lapisan yang menawarkan ketahanan jatuh sehingga 10x lebih baik, ketahanan calar 15x lebih tinggi dan anti-pantulan 3x lebih baik.
Selain itu, skrin luar ini juga terbukti mampu bertahan sehingga 27,000 kitaran ujian geseran menggunakan steel wool dan ia turut diuji menggunakan wire brush drill bagi melihat sebarang kesan calar, kerosakkan piksel atau sebarang kerosakan fungsi.
Skrin dalaman
Inner skrin HONOR Magic V6 ini dilindungi dengan lapisan fleksibel Ultra-Thin Glass (UTG) yang lebih tahan hentakan, mengurangkan kesan lipatan pada skrin serta menawarkan anti-pantulan yang lebih baik.
Selain itu, HONOR Magic V6 juga merupakan telefon pintar foldable pertama yang hadir dengan penarafan kalis air dan debu IP68 & IP69.
HONOR Magic V6 akan tampil dalam 4 pilihan warna menarik iaitu Ferghana Red, Ivory White, Sunrise Gold dan Classic Black. Ianya merupakan foldable ternipis dengan ketebalan hanya 4.0mm apabila dibuka dan 8.75mm apabila dilipat.
Walaupun kesemua ujian ini tidak mungkin akan berlaku secara langsung pada kehidupan harian, tujuan sebenar ujian ini dilakukan adalah untuk membuktikan bahawa ketahanan HONOR Magic V6 adalah setaraf telefon pintar tradisional lain dipasaran sekaligus menjadi penanda aras ” The New Standard of Durability”.
Nantikan pelancaran rasmi HONOR Magic V6 di Malaysia pada 4 Jun ini.










