Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme P4 Power dengan Bateri Titan 10,001mAh bakal tiba di Malaysia

realme P4 Power dengan Bateri Titan 10,001mAh bakal tiba di Malaysia 1

realme P4 Power dengan Bateri Titan 10,001mAh bakal tiba di Malaysia 2realme P4 Power 5G

realme telah mengesahkan akan memperkenalkan telefon pintar dengan 10,001mAh Titan Battery yang inovatif — bateri telefon pintar terbesar pernah dilancarkan di negara.

Pencapaian ini memperkukuhkan kedudukan realme sebagai perintis teknologi bateri dan membawa industri telefon pintar ke era baharu iaitu ketahanan bateri kelas melebihi 10,000mAh, sekali gus mentakrifkan semula jangkaan pengguna terhadap kuasa harian tahan lama.

Selaras dengan falsafah jenama “Make it real”, realme telah berjaya membawa bateri 10,001mAh ke peringkat pengeluaran berskala tinggi dalam masa singkat. Ini membuktikan komitmen jenama tersebut dalam memastikan inovasi baharu ini dapat dibina sebagai solusi praktikal dan berprestasi tinggi bagi generasi baharu.

Rekaan terbaru ini juga dilihat akan menyelesaikan masalah sebenar rakyat Malaysia, terutamanya golongan belia kerana ianya mampu bertahan sehingga 3.5 hari untuk penggunaan ringan dan seminggu bagi rutin harian biasa, sambil mengekalkan prestasi yang stabil sepanjang kitaran hayatnya.

Direka dengan seni bina keselamatan bateri termaju, teknologi kecerdasan jangka panjang, dan ketahanan selama 8 tahun (dengan kesihatan bateri kekal melebihi 80%), bateri Titan ini juga mencatatkan pencapaian luar biasa iaitu menjadi bateri telefon pintar 10,000mAh+ pertama di dunia yang berjaya lulus ujian ketahanan kejutan peringkat ketenteraan (MIL-STD 810H), Penarafan Keselamatan Bateri 5 Bintang TÜV Rheinland, pengecasan pantas 80W Ultra Charging dan 27W Reverse Charging.

Bateri 10,001mAh Titan Battery yang revolusioner ini akan menjadi teras utama siri realme P4 Series yang bakal dilancarkan, dan dijangka menjadi salah satu peranti paling dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia tahun ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.