soundcore bakal melancarkan earbuds flagship baharu dengan teknologi AI ANKER Thus

soundcore, jenama audio pintar di bawah Anker Innovations, yang juga merupakan antara jenama fon kepala wireless No.1 di dunia, dengan 15 tahun kepakaran yang memfokuskan kepada inovasi dalam pengalaman audio dan berjaya menyakinkan pengguna melalui waranti 18 bulan.
Kini, soundcore sedang bersedia untuk memperkenalkan satu pencapaian baharu yang penting melalui pelancaran earbuds true wireless (TWS) flagship terbaharu mereka.
Walaupun butiran penuh produk masih belum didedahkan, earbuds flagship ini dijangka membawa peningkatan besar yang direka untuk memperbaiki cara pengguna mendengar muzik, berkomunikasi dan berinteraksi dengan peranti mereka. Pelancaran ini juga menunjukkan fokus soundcore untuk mengukuhkan kedudukan dalam segmen premium dan flagship TWS, selaras dengan peningkatan permintaan terhadap peranti audio yang lebih pintar dan adaptif dalam kehidupan harian.
Di teras inovasi generasi baharu ini ialah cip AI baharu ANKER Thus , iaitu cip audio AI neural compute-in-memory pertama di dunia. Cip ini direka untuk mentakrif semula kecerdasan audio pada peranti.
Dengan menggabungkan seni bina CPU dan memori dalam satu sistem, Thus mampu memberikan sehingga 150 kali kuasa pengiraan lebih tinggi, membolehkan prestasi yang lebih pantas, pintar dan efisien.
Dalam konteks audio, teknologi ini membolehkan peningkatan ketara dalam dunia sebenar seperti:
- Panggilan suara lebih jelas dalam persekitaran bising
- Active Noise Cancellation (ANC) yang lebih adaptif
- Kawalan suara yang lebih responsif
- Kualiti bunyi signature yang lebih mantap
- Kecekapan tenaga yang lebih baik untuk penggunaan lebih lama
soundcore terus menawarkan pengalaman audio yang tulen dan intuitif melalui kejuruteraan akustik termaju, merangkumi earbuds TWS, headphone over-ear, speaker mudah alih dan peranti audio pintar. Jenama ini turut menggunakan teknologi teras seperti Adaptive Noise Cancelling, High-Res Audio, dan penyelesaian tuning tersuai.
Pelancaran pada 22 Me ini menegaskan lagi komitmen soundcore dalam melabur pada teknologi baharu yang meningkatkan pengalaman audio harian, sambil mengukuhkan kedudukan mereka dalam segmen TWS flagship melalui produk yang menggabungkan inovasi bermakna dengan kegunaan dunia sebenar.
Produk ini akan tersedia di platform:
- Shopee
- Lazada
- TikTok Shop
Selain itu, pengguna juga boleh mencuba sendiri di kedai pertama Anker Innovations di Asia Tenggara, yang terletak di IOI City Mall, Putrajaya.

