realme C100 5G dan realme C100i kini rasmi di Malaysia – dari RM 599 sahaja

realme secara rasminya telah melancarkan siri realme C100 di Malaysia yang ditawarkan didalam dua model iaitu realme C100 5G yang diposisikan sebagai “Juara Ketahanan” untuk pengguna aktif seperti penunggang penghantar makanan, pekerja gig dan pengguna harian yang memerlukan telefon tahan lasak dengan bateri besar.
realme C100 Series ini hadir dengan bateri Titan 7,000mAh yang mampu bertahan sepanjang hari, lengkap dengan pengecasan pantas 45W dan sokongan reverse charging . realme C100 5G ini turut dikuasakan cip MediaTek Dimensity 6300 5G bersama skrin paparan 144Hz Ultra Bright Display berukuran 6.8-inci dengan kadar kecerahan maksima sehingga 900 nits.
Dari aspek ketahanan, realme C100 5G hadir dengan perlindungan ArmorShell, pensijilan IP64 tahan habuk dan air serta ketahanan kejutan gred ketenteraan. Sementara itu, realme C100i turut menawarkan ketahanan IP64 dan ujian ketahanan menyeluruh dengan fokus kepada pengguna bajet.
Untuk pengalaman penggunaan lebih lancar, siri ini turut dilengkapi ciri AI seperti AI Outdoor Mode, AI Eraser, AI Clear Face, Circle to Search dan Google Gemini. Kamera utama 50MP AI serta sistem audio 300% Ultra Volume turut disertakan pada realme C100 5G.
Beralih kepada realme C100i pula, ianya turut hadir dengan bateri Titan 7000mAh bersama pengecasan 15W, skrin paparan HD+ berukuran 6.8-inci dengan kadar segar semula 120Hz, cip Unisoc T7250, sensor utama 8MP dan rekaan yang tahan lasak (pensijilan kalis air dan habuk IP64)
Di Malaysia, realme C100i dijual bermula RM599 manakala realme C100 5G ditawarkan pada harga RM1,099 dengan harga promosi RM899 dari 9 Mei hingga 7 Jun 2026. Siri ini akan mula dijual bermula 9 Mei 2026 menerusi kedai rasmi realme serta platform Shopee, Lazada dan TikTok Shop.


