Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR 600 Series mula dijual secara rasmi – stor penuh dengan pengunjung

HONOR 600 Series mula dijual secara rasmi - stor penuh dengan pengunjung 1

HONOR 600 Series mula dijual secara rasmi - stor penuh dengan pengunjung 2

Siri HONOR 600 yang baru dilancarkan mencatat permulaan yang kukuh apabila jualan hari pertama bermula secara rasmi  semalam, dengan kedai HONOR Experience Store di seluruh negara dipenuhi pengunjung yang teruja untuk mencuba dan membeli telefon pintar flagship terkini ini.

Jualan pertama ini hadir selepas fasa pra-tempahan yang memecahkan rekod pada 23 April, di mana siri ini mencatat peningkatan jualan hari pertama sebanyak 153% berbanding model sebelumnya. Angka ini membuktikan keyakinan pengguna yang tinggi serta permintaan yang semakin meningkat terhadap inovasi flagship HONOR di pasaran Malaysia.

HONOR 600 Series mula dijual secara rasmi - stor penuh dengan pengunjung 3

Selain itu, kejayaan ini juga berpunca daripada posisi Siri HONOR 600 sebagai ‘Flagship Mampu Milik’. Pengguna di Malaysia kini semakin mencari peranti yang mampu menyokong gaya hidup digital yang pantas, dan siri ini memenuhi keperluan tersebut dengan baik. Dengan gabungan ciri-ciri terkemuka seperti sistem kamera flagship yang dipertingkatkan, kebebasan kreatif melalui teknologi AI Image-to-Video 2.0, serta bateri dan paparan yang berkuasa dalam kelasnya, HONOR menawarkan pakej lengkap untuk pencipta kandungan dan pengguna tegar, sekali gus mentakrif semula maksud sebenar flagship mampu milik.

HONOR 600 Series mula dijual secara rasmi - stor penuh dengan pengunjung 4

Bawa Pulang Bundle Hadiah Percuma Bernilai RM1,326, Termasuk Rebat Segera RM200!

Pelanggan yang membeli Siri HONOR 600 akan menerima bundle hadiah PERCUMA bernilai sehingga RM1,326. Ini termasuk rebat segera RM200, jam tangan HONOR Watch X5i percuma, serta perlindungan seperti perkhidmatan penggantian skrin depan & belakang selama 365 hari, jaminan lanjutan 1 tahun dan perlindungan kerosakan akibat cecair selama 1 tahun.

HONOR 600 Pro ditawarkan pada harga RM3,099 bagi varian 12GB+256GB manakala varian 12GB + 512GB ditawarkan pada harga RM3,299 diikuti HONOR 600 dengan 12GB+512GB berharga RM2,599. Kedua-dua peranti hadir dalam pilihan warna Orange, Golden White dan Black.

Pelanggan boleh mendapatkan Siri HONOR 600 di mana-mana HONOR Experience Store di seluruh negara, serta melalui kedai dalam talian rasmi HONOR Malaysia dan platform sah seperti Shopee, Lazada, dan TikTok Shop.

Baca : 

ULASAN : HONOR 600 Pro 5G – Pencabar iPhone yang Berbaloi atau Sekadar Hype?

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.