HONOR Pad X8b telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia – berharga dari RM 799

Selain pelancaran siri HONOR 600, syarikat ekosistem peranti AI global, HONOR hari ini turut memperkenalkan HONOR Pad X8b LTE, sebuah tablet mampu milik dengan sambungan LTE yang direka untuk kegunaan seisi keluarga.
HONOR Pad X8b LTE – Tablet Keluarga dengan Bateri Besar, Storan Luas dan Paparan Selesa untuk Mata.
HONOR Pad X8b LTE direka sebagai tablet serba boleh untuk seluruh keluarga, menyokong keperluan kerja, pembelajaran, hiburan serta penggunaan kanak-kanak dalam satu peranti. Dengan sambungan LTE terbina dalam, tablet ini menawarkan prestasi sepanjang hari, kapasiti storan besar, ketahanan yang boleh dipercayai serta pengalaman tontonan yang selesa pada harga permulaan mampu milik RM799.
Ditawarkan dalam dua pilihan storan iaitu 128GB dan 256GB, tablet ini memastikan prestasi lancar serta ruang mencukupi untuk kegunaan ibu bapa dan anak-anak. Dengan sokongan storan tambahan sehingga 2TB melalui kad MicroSD, pengguna boleh menyimpan dokumen, aplikasi, gambar dan video tanpa perlu risau kehabisan ruang.
Dari segi bateri, tablet ini dilengkapi bateri ultra-besar 10,100mAh, yang merupakan antara terbesar dalam kelas harganya. Ini merupakan peningkatan ketara berbanding model terdahulu, membolehkan penggunaan berpanjangan sepanjang hari dengan sekali cas. Sama ada untuk kelas dalam talian anak-anak pada waktu pagi, tugasan kerja ibu bapa pada siang hari atau hiburan pada waktu malam, tablet ini mampu memenuhi keperluan tanpa gangguan.
Untuk penggunaan skrin yang lama, HONOR Pad X8b hadir dengan paparan 11 inci HONOR Eye Comfort yang direka bagi mengurangkan keletihan mata. Ia dilengkapi ciri seperti Dynamic Dimming dan mod E-ink, serta pensijilan TUV Rheinland bagi memberikan pengalaman tontonan yang lebih selesa untuk pembelajaran dan hiburan.
Dari aspek ketahanan, ia juga merupakan tablet pertama dalam segmennya yang menerima pensijilan SGS untuk ketahanan jatuhan dan tekanan, memberikan ketenangan kepada pengguna dalam penggunaan harian keluarga.
HONOR Pad X8b LTE kini boleh didapati di Malaysia dalam warna Space Gray dengan dua pilihan konfigurasi:
- 12GB RAM (6GB HONOR Turbo RAM) + 128GB storan, berharga RM799 + PERCUMA Flip Cover bernilai RM159
- 16GB RAM (8GB HONOR Turbo RAM) + 256GB storan, berharga RM999 +b
- PERCUMA Smart Bluetooth Keyboard bernilai RM399
Tablet ini boleh didapati di semua HONOR Experience Store seluruh negara, kedai dalam talian rasmi HONOR Malaysia, serta kedai rasmi HONOR di Shopee, Lazada dan TikTok. Varian 256GB juga ditawarkan melalui Hotlink serendah RM339 sebulan di bawah pelan Hotlink Postpaid 75.





